web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


ASEAN Harus Lebih Tegas Tangani Krisis, Konflik Kemanusiaan Myanmar - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 9:12PM

Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ASEAN perlu bersedia membuat perubahan ke atas pendekatan yang digunakan ketika menangani krisis di Myanmar - Gambar Jabatan Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rantau ASEAN harus lebih tegas dalam menangani krisis kemanusiaan melibatkan Myanmar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata, ia susulan serangan terbaru yang dilancarkan ke atas konvoi misi bantuan kemanusiaan.

Menurut beliau, serangan ke atas konvoi kemanusiaan di negeri Shan di timur laut Myanmar itu jelas tidak bertamadun.

Tegasnya, ASEAN perlu bersedia membuat perubahan ke atas pendekatan yang digunakan ketika menangani krisis di Myanmar.

“Isu di Myanmar sudah berlarutan begitu lama, (tetapi tidak ada jalan penyelesaian).

“Ada rundingan dan constructive engagement tapi tidak membantu (menyelesaikan masalah), justeru perlu ada kaedah baharu yang boleh membantu menangani keadaan,” katanya, menerusi wawancara eksklusif bersama Tempo di Indonesia.

Temuramah eksklusif itu adalah sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di Labuan Bajo, Indonesia, berakhir esok.

Menerusi wawancara berkenaan Anwar berkata, ASEAN perlu menilai semula pendekatan diguna pakai selama ini, memandangkan kaedah sedia ada masih tidak berhasil menangani krisis lemanusiaan di Myanmar.

Konflik yang berlarutan sejak sekian lama itu jelasnya, tidak lagi menjadi isu dalaman negara tersebut semata-mata, sebaliknya telah membarah dan menggugat kestabilan negara ASEAN lain.

“Malaysia tidak terkecuali daripada berdepan permasalahan sosio-ekonomi akibat krisis di Myanmar.

“Pendirian yang diambil semua negara anggota selepas ini harus tegas dan jelas, dan tidak harus membebankan kita,” katanya.

Beliau menarik perhatian, Malaysia kini dibanjiri lebih 200,000 pendatang Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar.

Situasi tersebut jelas beliau, sedikit sebanyak mencetuskan lingkaran permasalahan lain yang tidak berkesudahan.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri turut mengetengahkan isu mengenai Myanmar dan kesannya kepada Malaysia.

Perkara itu disampaikan dalam intervensinya pada sesi pembukaan dan pleno sidang kemuncak, hari ini.

Katanya, Jokowi menerusi ucapan telah mencabar pemimpin serantau agar memberi tumpuan kepada kepentingan menjaga kebebasan, kemerdekaan dan maruah ASEAN.

“Ia termasuk keupayaan dan keazaman kita menyelesaikan isu Myanmar dengan baik “ katanya.

Myanmar sejak rampasan kuasa junta tentera pada 2021 berdepan konflik keganasan dan ekonomi.

Negara itu sebelumnya terlebih dahulu berdepan krisis melibatkan minoriti Rohingya, yang disifatkan pemerhati antarabangsa sebagai penghapusan etnik.

Sehingga kini, keganasan ke atas etnik Rohingya masih berlarutan, mendorong jutaan penduduk kaum berkenaan melarikan diri ke negara jiran, termasuk Bangladesh dan Malaysia. - Getaran, 10 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'