web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Mahu Brunei Hadir ALC, Tingkat Kerjasama Pelbagai Bidang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 7:00AM

Hasrat Anwar (kanan) itu disampaikan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sewaktu mengadakan kunjungan hormat ke atas baginda. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia telah menyampaikan hasrat untuk melihat kehadiran dan keterlibatan Bandar Seri Begawan dalam Annual Leaders’ Consultation (ALC) tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu disampaikan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah sewaktu mengadakan kunjungan hormat ke atas baginda.

Menurut beliau, kunjungan berkenaan juga membawa bersama diskusi yang terarah kepada bidang pelaburan, penandaan tanah, kerjasama dalam kebudayaan dan pendidikan untuk dimanfaatkan kedua-dua negara.

“Dalam pertemuan bilateral dengan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh pula, saya sampaikan keterbukaan Malaysia menerima kehadiran delegasi mereka ke Putrajaya sempena ulangtahun ke-50 kedua-dua negara.

“Diskusi juga menyentuh bidang pelaburan selain berharap agar isu pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia dapat ditangani setegasnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri kini berada di Labuan Bajo, Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 yang berakhir hari ini.

Anwar memberitahu, beliau juga sempat mengadakan pertemuan bilateral dengan rakan sejawat dari Laos, Sonexay Siphandone.

“Kami telah bersepakat untuk lebih bekerjasama dalam bidang perbankan, program latihan pegawai dan diplomat selain pendidikan serta industri agrikultur,” katanya.

Turut mengambil tempat jelas Perdana Menteri, ialah pertemuan bilateral dengan rakan sejawatnya dari Timor Leste, Taur Matan Ruak.

“Pada pertemuan itu, saya mengulangi sokongan penuh berkaitan permohonan republik itu dalam keanggotaan keluarga ASEAN.

“Diskusi juga membincangkan keperluan meningkatkan peluang kerjasama dalam pelaburan, perdagangan, agrikultur, dan bidang pembuatan makanan yang menuntut kebersamaan serta komitmen berterusan kedua-dua negara,” katanya.

Anwar dalam intervensi pada sesi pembukaan dan pleno sidang kemuncak, semalam terlebih dahulu mengetengahkan isu mengenai Myanmar dan kesannya kepada Malaysia.

Katanya, Jokowi menerusi ucapan telah mencabar pemimpin serantau agar memberi tumpuan kepada kepentingan menjaga kebebasan, kemerdekaan dan maruah ASEAN.

“Ia termasuk keupayaan dan keazaman kita menyelesaikan isu Myanmar dengan baik “ katanya. - Getaran, 11 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang