web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SKMM Perketat Kawal Selia Kandungan Digital Tangani Kemudaratan Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 8:12PM

SKMM akan melaksanakan kawal selia kandungan digital lebih ketat dalam usaha menangani masalah kemudaratan dalam talian. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melaksanakan kawal selia kandungan digital lebih ketat dalam usaha menangani masalah kemudaratan dalam talian.

Pengerusinya, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkata, pihaknya akan mengkaji semula kerangka kawal selia sedia ada, susulan peningkatan tahap kandungan yang dieksploitasi oleh penjenayah dan ancaman terhadap keharmonian negara.

Menurutnya, terdapat beberapa aplikasi Over-The-Top (OTT) dan platform media sosial yang dilihat gagal mengawal selia penggunaan platform mereka sejajar dengan kepentingan nasional dan perundangan negara.

“SKMM tidak akan berkompromi dengan perbuatan menyalahgunakan platform dalam talian dan telekomunikasi, rangkaian ataupun kemudahan dalam talian untuk tujuan scam, aktiviti siber berniat jahat, penipuan, phishing, kandungan yang menggugat kestabilan dan keharmonian kaum, serta penghinaan terhadap institusi diraja.

“Justeru, tindakan kawal selia yang lebih ketat dan campur tangan oleh pihak pengawal selia adalah diperlukan bagi melindungi kepentingan pengguna dan orang awam. Kami akan bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Salim berkata, selaku ahli dalam Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), SKMM bersama-sama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) tekad meneruskan usaha bersama dalam memerangi aktiviti penipuan menerusi tindakan tegas.

Beliau berkata, kebimbangan tersebut berbangkit selepas hasil pemerhatian yang dijalankan mendapati, jumlah kes penipuan menunjukkan peningkatan.

Katanya, sejak penubuhan NSRC pada Oktober 2022, kira-kira 11,858 aduan berkaitan penipuan diterima setakat bulan lalu.

“Sementara itu, perangkaan yang diperolehi daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM antara 2021 sehingga April 2023 mendedahkan, jumlah kerugian akibat scam mencecah sehingga RM1.2 bilion. 

“Bagi tempoh sama juga, jumlah berita palsu yang dilaporkan kepada SKMM adalah sebanyak 2,125 kes,” katanya.

Susulan itu, katanya, selepas meneliti bilangan kes penyalahgunaan dan ancaman ditimbulkan akibat sikap lepas tangan oleh penyedia platform, SKMM berpendapat, wujud keperluan untuk mengenakan serta menguatkuasakan kewajipan terhadap mereka yang mengendalikan platform sedemikian.

Beliau berkata, tindakan juga diambil terhadap pihak yang mendapat manfaat daripada digitalisasi untuk mengambil langkah tegas bagi memastikan platform atau rangkaian kendalian mereka tidak digunakan sebagai forum untuk melanggar undang-undang negara ataupun mengancam kepentingan awam.

“Pihak pengawal selia dan rakan industri di Singapura, Vietnam dan Indonesia baru-baru ini telah atau dalam proses untuk menggubal undang-undang bagi tujuan mengawal selia serta menjenayahkan aktiviti penipuan dalam sesetengah platform yang dimaksudkan.

“Selain mempertanggungjawabkan platform yang gagal mematuhi arahan dikeluarkan oleh kerajaan dengan membenarkan aktiviti berniat jahat seperti penipuan pengiklanan dalam platform mereka atau tidak mengambil langkah yang secukupnya dalam mengekang aktiviti sedemikian,” katanya.

Beliau berkata, SKMM sebagai badan kawal selia industri tertumpu di Malaysia, akan turut mengkaji semula pendekatan kawal selia untuk melaksanakan tahap pengawasan yang lebih tinggi menerusi instrumen perundangan sedia ada.

“Ini termasuklah kajian semula ke atas pengecualian terhadap sesetengah aktiviti selain mengenakan sekatan jenayah dan arahan punitif terhadap entiti yang enggan mengambil langkah segera bagi memastikan aktiviti jenayah yang berlaku dalam rangkaian atau platform mereka dihentikan.

“Tindakan bersama dan usaha yang diambil oleh SKMM amat penting dalam memastikan masyarakat dilindungi dan mempunyai persekitaran digital yang selamat. Ia juga akan dapat memastikan rasa kebertanggungjawaban yang lebih tinggi dan hormat kepada kedaulatan nasional,” katanya. – Getaran, 12 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SKMM Keluar Notis Terhadap 4 Penyedia Perkhidmatan Komunikasi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkongsian Rangkaian Antara Telco Selesaikan Isu Capaian Internet, Talian Telefon

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Beroperasi Tanpa Lesen Sah, Awesome TV Dikompaun RM250,000

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengerusi SKMM Tak Pernah Hantar Emel Tawar Bantuan Pindah Hadiah Kemenangan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini