web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemimpin Wajar Contohi Kepimpinan Rasulullah Urus Tadbir Negara Demi Kestabilan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 7:02AM

Pemimpin wajar mengambil contoh kepimpinan dan kebijaksanaan Rasulullah SAW dalam mengurus tadbir negara menjadi stabil dan berdaya saing secara holistik berdasarkan strategi dilaksanakan Baginda - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengingatkan umat Islam mengenai kepentingan kestabilan sesebuah negara bagi memastikan kesejahteraan dalam segenap aspek meliputi keselamatan, ekonomi, pembangunan dan pendidikan.

Sehubungan itu, pemimpin wajar mengambil contoh kepimpinan dan kebijaksanaan Rasulullah SAW dalam mengurus tadbir negara menjadi stabil dan berdaya saing secara holistik berdasarkan strategi dilaksanakan Baginda.

Menurut khutbah berkenaan, antara strategi tersebut adalah menyusun organisasi yang teratur, undang-undang mengawal selia pentadbiran, mengukuhkan sektor ekonomi dan memajukan sektor perniagaan.

Selain itu, pentadbiran Baginda Rasulullah turut memastikan bekalan makanan penduduk terjamin, merangsang sektor pertanian dan pembuatan serta melibatkan seluruh rakyat dalam mendirikan negara.

“Kepimpinan Negara Islam Madinah diketuai oleh Rasulullah SAW manakala para sahabat utama (kibar al-sahabah) menganggotai mesyuarat kerajaan. Baginda turut mengambil kira pandangan ketua-ketua kabilah dan pihak berkaitan dalam menguruskan sesuatu isu.

“Baginda mengamalkan konsep musyawarah dan tidak membuat keputusan secara sendiri bagi memastikan sesuatu keputusan yang dibuat itu bersifat memelihara seluruh anggota masyarakat.

“Ahli-ahli yang dilantik menerajui pentadbiran juga dipilih berdasarkan kelayakan dan bukan kerana berkepentingan peribadi,” katanya dalam Khutbah Jumaat bertajuk ‘Bersama Memelihara Kestabilan Negara’.

Pentadbiran Baginda Rasulullah turut memastikan bekalan makanan penduduk terjamin, merangsang sektor pertanian dan pembuatan serta melibatkan seluruh rakyat dalam mendirikan negara - Gambar Hiasan
Pentadbiran Baginda Rasulullah turut memastikan bekalan makanan penduduk terjamin, merangsang sektor pertanian dan pembuatan serta melibatkan seluruh rakyat dalam mendirikan negara - Gambar Hiasan

Menurut khutbah berkenaan, negara Madinah memiliki undang-undang atau Perlembagaan yang dikenali sebagai Sahifah al-Madinah dan beberapa peraturan kecil lain bertujuan mengawal selia pentadbiran dalam bidang perniagaan, pertanian, ketenteraan dan sebagainya.

“Semua pihak tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang termaktub tanpa mengecualikan status atau pangkat,” katanya.

Dalam pada itu, khutbah berkenaan turut menjelaskan faktor ekonomi sememangnya mempunyai kesan besar terhadap kekuatan sesebuah negara.

Katanya, ia ditunjukkan dengan peningkatan kelengkapan dan persenjataan yang dapat disediakan apabila keadaan ekonomi bertambah baik.

“Perbandingan dapat dilihat semasa Perang Badar, tentera Islam hanya mempunyai dua ekor kuda berbanding 200 ekor kuda dalam Perang Khandaq.

“Semasa Fath al-Makkah pula, angkatan tentera Islam memasuki Kota Makkah dalam keadaan lengkap bersenjata,” katanya.

Menurut khutbah berkenaan, Rasulullah SAW memberi galakan kepada masyarakat untuk bekerja dan menyebut kebesarannya di sisi Allah SWT bagi memecahkan monopoli kaum Yahudi dalam bidang perniagaan ketika itu.

“Untuk melancarkan perniagaan juga, Rasulullah SAW memerintahkan agar segala hutang-piutang ditulis bagi memelihara hak kedua-dua belah pihak,” katanya.

Dalam pada itu, khutbah berkenaan menegaskan kecukupan makanan penduduk turut berkait rapat dengan kestabilan negara.

Jika masalah kekurangan bekalan makanan berlarutan tanpa diselesaikan dengan segera, ia berpotensi menggugat kestabilan negara.

Usaha Rasulullah SAW mendirikan sebuah negara tidak hanya tertumpu kepada umat Islam yang ada, bahkan Baginda turut melibatkan masyarakat bukan Islam untuk sama-sama menjayakannya - Gambar Hiasan
Usaha Rasulullah SAW mendirikan sebuah negara tidak hanya tertumpu kepada umat Islam yang ada, bahkan Baginda turut melibatkan masyarakat bukan Islam untuk sama-sama menjayakannya - Gambar Hiasan

Menyedari kepentingan itu, Rasulullah SAW memberi motivasi kepada rakyat supaya bekerja dalam sektor pertanian dengan menyebut ganjaran dan menggambarkan kebesaran amalannya di sisi Allah SWT.

“Dicatatkan juga bahawa kerajaan pimpinan Rasulullah SAW ketika itu memperkenalkan sistem Ihya’ al-Mawat yang bermaksud “menghidupkan benda mati” iaitu satu insentif yang memberi pemilikan kepada individu yang membangunkan tanah terbiar dengan pertanian.

“Pemberian tanah turut diberikan kepada individu tertentu yang layak untuk bercucuk tanam. Riwayat menyebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah memberi tanah kepada Zubair bin al-‘Awwam RA dan memberi tanah yang mempunyai mata air kepada Ali bin Abi Talib RA,” katanya.

Pada masa sama, khutbah berkenaan menyebut pertukangan dan pembuatan merupakan bidang yang kurang diceburi oleh masyarakat Arab ketika itu.

“Kebanyakan hasil pertukangan dihasilkan oleh bangsa lain atau hamba abdi bukan Arab. Bagi mengelakkan kebergantungan terhadap bangsa lain, Rasulullah SAW menggalakkan orang Islam mengeluarkan barangan sendiri.

“Berdasarkan Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi, semasa memberi motivasi dalam pengeluaran senjata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah memasukkan tiga orang ke dalam syurga dengan sebatang anak panah, pembuatnya yang mengharapkan kebaikan ketika membuatnya, pemanahnya dan pengutipnya,” katanya.

Menurut khutbah itu lagi, usaha Rasulullah SAW mendirikan sebuah negara tidak hanya tertumpu kepada umat Islam yang ada, bahkan Baginda turut melibatkan masyarakat bukan Islam untuk sama-sama menjayakannya.

Katanya, beberapa usaha dilakukan Rasulullah SAW seperti membuat perjanjian atau disebut Piagam Madinah (Sahifah al-Madinah) yang mana terkandung padanya peranan dan tanggungjawab seluruh masyarakat.

Selain itu, masyarakat bukan Islam juga turut disyaratkan untuk membiayai sebahagian perbelanjaan perang dalam mempertahankan negara.

“Ini adalah sebahagian strategi dan dasar yang disusun Rasulullah SAW dalam mendirikan sebuah negara yang stabil.

“Dasar-dasar yang disusun ini bertujuan mencapai kestabilan negara yang melibatkan keseluruhan masyarakat,” katanya.

Khutbah itu turut menjelaskan kestabilan negara yang hendak dicapai juga berjalan seiringan dengan rahmat, keberkatan dan keampunan dari Allah SWT.

Malah katanya, usaha mencapai kestabilan negara tidak hanya bergantung kepada peranan pemimpin, tetapi seluruh rakyat memiliki tanggungjawab yang signifikan dan menjadi kunci keberhasilan kepada dasar yang ditetapkan kerajaan. – Getaran, 13 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 bulan yang lalu

Zulhijjah, Mari Raikan Kedatangan Bulan Penuh Fadhilat

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Isu Pertikaian Berkaitan Kisah Hidup Nabi, Ustaz Don Direhatkan Daripada Bersiaran 

3

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

4

Karier 7 bulan yang lalu

Yayasan Peneraju Hasrat Lahir 3 Jenis Pemimpin Dalam Kalangan Bumiputera

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global