web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Segera Selesaikan Ibadat Umrah Sebelum Musim Haji, Jangan Salah Guna Visa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 12:08PM

Bakal jemaah umrah juga diingatkan supaya tidak menyalahgunakan kemudahan Visa Pelancong dan Visa Umrah bagi menunaikan ibadah haji - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua syarikat pengendali umrah diingatkan supaya menyelesaikan ibadah umrah sebelum sesi musim haji bermula.

Jurucakap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, ingatan tersebut turut terpakai ke atas semua jemaah.

Menurut beliau, mereka juga perlu akur dengan peraturan dan perundangan ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

“Musim haji dijangka bermula minggi ketiga Jun nanti, justeru MOTAC sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada agensi Pelancongan dalam bidang umrah dan seterusnya mengawal selia aktiviti berkaitan, ingin mengingatkan pihak berkaitan supaya segera menyelesaikan pakej atau ibadat umrah masing-masing,” katanya hari ini.

Jelas jurucakap itu, bakal jemaah umrah juga diingatkan supaya tidak menyalahgunakan kemudahan Visa Pelancong dan Visa Umrah bagi menunaikan ibadah haji. 

“Peringatan ini diwar-warkan bagi memastikan tiada jemaah umrah yang mengambil kesempatan untuk tinggal lebih masa (overstay) sehingga masuk ke musim haji. 

“Perkara ini merupakan satu kesalahan di bawah peraturan kerajaan Arab Saudi iaitu menunaikan ibadah haji tapa mempunyai permit yang sah,” katanya.

Tegas beliau, kerajaan Arab Saudi hanya  mengiktiraf permit haji yang dikeluarkan oleh institusi bertauliah bagi setiap negara seperti Lembaga Tabung Haji (TH).

“MOTAC memandang serius berhubung perkara ini kerana a melibatkan kepentingan dan keselamatan jemaah umrah.

“Kami akan berusaha menghalang berlakunya perkara yang tidak diingini demi menjaga hubungan baik yang telah terjalin antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi,” katanya.

Beliau memberi amaran, tindakan sewajarnya akan diambil jika terbukti ia melibatkan syarikat pengendali umrah yang dilesenkan oleh Kementerian ini.

“MOTAC menyeru seluruh rakyat Malaysia yang melancong dan mengerjakan umrah agar sentiasa menjaga nama baik negara semasa berada di luar negara,” katanya. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar sebelum ini dipetik sebagai berkata, kuota haji yang diperuntukkan kepada Malaysia pada tahun ini adalah 31,600 jemaah.

Beliau memberitahu, Malaysia bagaimanapun sudah membuat rayuan bagi memohon penambahan 350 slot lagi, berikutan pertambahan populasi penduduk yang sudah meningkat.  - Getaran, 13 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Media Antarabangsa Dibawa Lawat Kilang Air Zamzam, Pusat Kad Nusuk

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad