web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


611 Nelayan Kelantan Terima ESHN, Bantu Ringankan Beban Akibat Krisis Ekonomi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 May 2023 9:10PM

Mohamad Sabu (tengah) menyampaikan Bantuan Skim Tabung Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan (Khairat Kematian) berbentuk tunai RM1,500 dan bakul makanan kepada empat penerima. - Gambar ihsan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makana

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 611 nelayan di Semerak dan Bachok, Kelantan menerima bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) hari ini.

Jurucakap Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, bantuan berkenaan melibatkan jumlah keseluruhan RM183,300. 

Menurut beliau, semua nelayan terbabit menerima elaun berjumlah RM300 setiap seorang.

“Bantuan berkenaan disampaikan menerusi majlis Jalinan Mesra Madani Bersama Nelayan di Tok Bali, Kelantan yang dihadiri menteri, Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Majlis ini merupakan antara inisiatif KPKM melalui Lembaga Kemajuan kan Malaysia (LKIM) dalam mendekati masvarakat nelayan khususnya di Tok Bali, Kelantan,” katanya.

Mohamad Sabu (tengah) merasmikan Kilang Air Batu NEKMAT Tok Bali.
Mohamad Sabu (tengah) merasmikan Kilang Air Batu NEKMAT Tok Bali.

Jelas jurucakap itu, majlis berkenaan juga disusun khas bagi menyalurkan bantuan untuk meringankan beban golongan sasaran dalam menghadapi tekanan ekonomi, berpunca daripada peningkatan kos sara hidup dan musibah. 

“Selain ESHN, turut disampaikan adalah bantuan Touchpoint berbentuk in-kind iaitu pukat, jaring dan kotak berinsulasi yang bernilai keseluruhan RM20,200 kepada 29 nelayan.

“Menteri turut menyampaikan Bantuan Skim Tabung Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan (Khairat Kematian) berbentuk tunai RM1,500 dan bakul makanan kepada empat penerima,” katanya.

Turut terpilih ialah seorang nelayan yang menerima bantuan Geran Agropreneur Muda (GAM) bernilai RM20,000.

Jurucakap itu memberitahu, Mohamad turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM600,000 bagi pembinaan 3 lokasi unjam di Kelantan.

“Unjam berkenaan akan dibina di bawah PNK Tumpat, Bachok dan Kota Bharu yang akan memberi manfaat kepada 3, 785 nelayan. 

“Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga mengumumkan bahawa sebuah projek naik taraf dan baik pulih infrastruktur jeti di Kuala Kemasin, Kelantan telah diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM200,000 yang akan memberi manfaat kepada 150 nelayan dan 80 buah bot,” katanya.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan perasmian Kilang Air Batu NEKMAT Tok Bali yang dibangunkan pada 2019 dan mula beroperasi pada Mac lalu dengan nilai RM10 juta. 

Kilang ini berkapasiti 200 metrik tan tetapi buat masa ini, hanya menjalankan operasi sekitar 100 metrik tan dengan kemampuan mengeluarkan sebanyak 700 blok air batu sehari berukuran 145 kg setiap satu. - Getaran, 13 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global