web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Operasi Mega Bersepadu Catat Kejayaan, 125 Notis Kesalahan Larangan Merokok Dikeluarkan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 9:34AM

Jumlah kompaun yang dikutip dianggarkan sebanyak RM31,500 - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 125 notis kesalahan berkaitan larangan merokok dikeluarkan menerusi Operasi Mega Bersepadu yang digerakkan Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, semalam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, notis berkenaan dikeluarkan di bawah Seksyen 32B, Akta Makanan 1983.

Menurut beliau, ia melibatkan lima kesalahan di bawah Peraturan 11 dan masing-masing satu bagi Peraturan 12, 13 serta 14.

“Operasi ini turut melibatkan anggota daripada Bahagian Kawalan Penyakit, Sektor Inspektorat dan Perundangan KKM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan PDRM.

“Untuk kesalahan di bawah Peraturan 11, ia melibatkan 34 notis di premis makan, 18 notis di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam, 44 notis di kompleks membeli belah, 21 notis di taman awam dan dua notis di laluan pejalan kaki berbumbung,” katanya.

Jelas jurucakap itu, empat notis di bawah Peraturan 12 pula dikeluarkan kepada pemilik premis kerana gagal memastikan tiada pelanggan merokok di premis masing-masing (membenarkan shisha).

“Bagi kesalahan di bawah Peraturan 13(1) iaitu kesalahan merokok oleh orang belum dewasa, terdapat satu notis telah dikeluarkan.

“Bagi kesalahan di bawah Peraturan 14(1) iaitu kesalahan tiada tanda larangan bagi OBD, satu notis kesalahan dikeluarkan,” katanya.

Beliau memberitahu, jumlah kompaun yang dikutip dianggarkan sebanyak RM31,500.

Operasi katanya, berjalan lancar dengan sokongan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Wangsa Maju, Brickfields dan Dang Wangi.

“KKM mengambil maklum dan memandang serius berkaitan isu aduan kesalahan merokok di tempat larangan terutama di premis makan yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dan menjadi tular di media-media sosial. 

“Aktiviti-aktiviti penguatkuasaan larangan merokok dijalankan secara berkala di semua negeri di seluruh negara,” katanya.

Jurucakap itu berkata, operasi terbabit dimulakan sejak jam 6 petang semalam dan menjadikan tempat larangan merokok sebagai sasaran.

“Antaranya adalah premis makan, kompleks membeli-belah, taman awam dan laluan pejalan kaki berbumbung.  

“Fokus utama adalah kepada premis makan yang mencatatkan jumlah aduan tertinggi,” katanya.

Beliau menegaskan, sebanyak 12,773  operasi seumpamanya telah dilaksanakan sepanjang tahun lalu manakala sehingga Mac tahun ini, bilangan operasi adalah sebanyak 4,113. 

“Sebanyak 30,648 notis kesalahan dengan nilai RM 7.6 juta telah dikeluarkan sepanjang tahun 2022 bagi kesalahan merokok di tempat makan, manakala bagi tahun 2023 sehingga Mac, sebanyak 13,331  notis kesalahan dengan nilai RM 3.3 juta telah dikeluarkan.

“Lima negeri dengan pengeluaran notis kesalahan merokok di tempat makan paling tinggi sepanjang tahun 2022 adalah Selangor (6,414 notis), Johor (3,095 notis), Pahang (2,935 notis), Perak (2,808 notis) dan Pulau Pinang (2,725 notis),” katanya. 

KKM jelasnya, ingin menegaskan bahawa larangan merokok bukan bertujuan untuk menghukum golongan perokok tetapi ia dilaksanakan bagi mengelakkan komplikasi akibat tabiat merokok kepada golongan perokok serta golongan perokok pasif iaitu mereka yang berada di sekeliling.

“Pengguna rokok elektronik atau vape juga boleh membahayakan orang di sekeliling berdasarkan kajian terkini yang dijalankan di peringkat antarabangsa. 

“Perokok dan pengguna rokok elektronik atau vape adalah diseru untuk berhenti merokok mengikut kaedah rawatan yang diiktiraf oleh KKM. Pendaftaran ke perkhidmatan berhenti merokok mQuit boleh dibuat melalui laman sesawang www.jomquit.com,” katanya. - Getaran, 14 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global