web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Musim Panas: Lebih 100 Penduduk Kuala Sungai Di Gua Musang Mula Simpan Air

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 12:17PM

Lebih 100 penduduk di Kuala Sungai di sini mula membuat persiapan awal dengan menyimpan bekalan air untuk kegunaan harian mereka akibat musim panas yang melanda negara ketika ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Lebih 100 penduduk di Kuala Sungai di sini mula membuat persiapan awal dengan menyimpan bekalan air untuk kegunaan harian mereka akibat musim panas yang melanda negara ketika ini.

Penduduk Norazma Abdullah, 40, berkata selama ini mereka hanya bergantung dengan dua tangki air sahaja yang terdapat di kampungnya bagi mendapatkan bekalan air untuk menampung kira-kira 2,000 liter air. 

"Saya mula menyimpan air sejak seminggu yang lalu di dalam tong dan baldi, malah saya juga mengasingkan air dalam botol terpakai khas untuk kegunaan seperti memasak dan minum sebagai persediaan sekiranya bekalan air terputus. 

"Berikutan ruangan rumah yang sempit dan terhad menyebabkan kami tidak dapat menyimpan air yang banyak," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, di sini hari ini.

Bagi Mat Yusof Ismail, 56, pula berkata kedudukan kampung yang terletak di pinggir Sungai Nenggiri tidak memberi jaminan sebagai sumber alternatif untuk mendapat bekalan air bersih  kerana air sungai itu agak keruh dan bimbang untuk menggunakannya.

"Kami terpaksa berjimat cermat menggunakan sumber dari telaga tiub ini  bagi mengelakkan berlaku pembaziran," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Ab Aziz Yusoff berkata beliau tidak menafikan bahawa ramai penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman di Gua Musang masih tidak mendapat bekalan air bersih dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

"Kebanyakan penduduk di kawasan ini masih menggunakan air tandak atau air yang menggunakan telaga tiub. Kami bimbang air tadahan tandak dan air yang menggunakan telaga tiub akan berkurangan dan menyebabkan bekalan air terputus.

"Saya nasihatkan agar kira-kira 15,000 penduduk di DUN Nenggiri yang menggunakan sumber air tandak dan telaga tiub untuk membuat persiapan awal hadapi musim panas dan ambil langkah berjaga-jaga dengan simpan air untuk kegunaan harian," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kerajaan Pantau Paras Empangan, Pastikan Bekalan Air Cukup

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Gangguan Bekalan Air Di Pangkor Pulih Sepenuhnya, Sedia Terima Pelancong - MB

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Pemulihan Bekalan Air Tahap Kedua Bermula Jam 6 Pagi - PBAPP

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'