web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Komuniti Antarabangsa Perlu Bersama Noktahkan Penderitaan Palestin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 7:05AM

Nakba yang membawa maksud malapetaka berlaku pada 15 Mei 1948, sehari selepas Israel diisytiharkan sebagai sebuah negara - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Komuniti antarabangsa diseru untuk bekerjasama menoktahkan penderitaan dialami penduduk Palestin, yang dizalimi rejim Zionis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, telah tiba masa untuk masyarakat global menggembleng kekuatan dan menamatkan ketidakadilan yang perlu dilalui penduduk Palestin selama ini.

Menurut beliau, keadilan dan kesaksamaan untuk Palestin perlu ditegakkan.

“Malaysia mengulangi komitmen dan solidariti yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin, dalam menentang kebijakan imperialisme rejim aparteid Zionis Israel yang rakus dan menginjak prinsip-prinsip kemanusiaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Anwar menyatakan demikian sempena memperingati ulang tahun peristiwa Nakba yang ke-75.

Sekadar info, Nakba yang membawa maksud malapetaka berlaku pada 15 Mei 1948, sehari selepas Israel diisytiharkan sebagai sebuah negara.

Pembentukan Israel itu berlaku dengan cara yang tidak diiktiraf kerana ia dibangunkan menerusi pencerobohan serta pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin.

Kekejaman tersebut menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin bertukar status sebagai pelarian.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, Malaysia berpegang utuh dalam pendiriannya mengutuk pendudukan haram Israel ke atas wilayah Palestin yang diceroboh.

“Malaysia turut menentang penindasan ke atas rakyat Palestin yang menghalang mereka daripada mendapatkan hak sebagai rakyat yang sah dan mutlak,” katanya.

Tegas Anwar, Malaysia selaku ahli dan Naib Pengerusi Committee on the Exercise of the Inalienable Rights of the Palestinian People (CEIRPP) yang menganjurkan acara memperingati Nakba ini juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) untuk memastikan Israel bertanggungjawab.

“Mereka perlu bertanggungjawab terhadap kekejaman yang jelas dan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB saban tahun,” katanya. - Getaran, 16 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi