web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suspek Wanita Kasari Bayi Di Taska Diburu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 11:00AM

Video tular di media sosial memaparkan seorang wanita mengasari seorang bayi yang tidak diketahui umurnya di sebuah Taska di selatan tanah air. - Gambar tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan suspek wanita yang dipercayai bertindak mengasari seorang bayi seperti tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, hasil siasatan mendapati, insiden berkenaan berlaku di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska), di Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh orang awam berhubung insiden berkenaan yang diterima di aplikasi WhatsApp.

“Oleh itu, polis sedang mengesan suspek bagi tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut untuk tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Iskandar Puteri, bagi membantu siasatan. 

Terdahulu tular video di media sosial memaparkan seorang wanita mengasari seorang bayi yang tidak diketahui umurnya di sebuah Taska di selatan tanah air. 

Bayi terbabit kedengaran menangis sebelum diangkat wanita terbabit. – Getaran, 16 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Lelaki 8 Bulan Meninggal Dunia Di Taska

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan Pengasuh Disyaki Dera Bayi 2 Bulan Sehingga Patah Peha

3

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'