web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong Beri Perkenan, Persembah Cadangan Perkukuh Penguatkuasaan Dasar Penggunaan Kalimah Allah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 1:46PM

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan kepada Majlis Raja Raja bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung penggunaan kalimah Allah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa sama cadangan tersebut adalah untuk memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia.

Menurut beliau, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah membincangkan keputusan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan terhadap kes Jill Ireland berhubung bahan penerbitan yang mengandungi kalimah ‘Allah’.

“Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa keputusan yang dibuat hanya berkisar soal pentadbiran dan tidak merubah ketetapan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2014,” katanya hari ini.

Anwar menyatakan demikian bagi mengulas kecaman pelbagai pihak susulan keputusan Peguam Negara untuk menarik semula rayuan terhadap kes Jill Ireland, berhubung penerbitan bahan yang mengandungi kalimah Allah.

Sewaktu menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Perpaduan Madani Anjuran Pertubuhan Prihatin Anak Melaka bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Melaka semalam, Perdana Menteri dipetik sebagai berkata, penggunaan kalimah 'Allah' oleh penganut agama Kristian di Sarawak dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan hanya terpakai untuk negeri berkenaan, dan tidak terpakai di negeri-negeri lain.

Katanya, penjelasan berkaitan keputusan kerajaan itu juga sudah dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, semalam.

"Sarawak kita faham dulu tak terikat dengan keputusan negeri-negeri, dia tak boleh terpakai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor, tak boleh.

"Ini (kalimah 'Allah') khusus untuk Sarawak yang kita dah kalah dalam kes awal kerana di Sarawak memang diputuskan oleh negeri sebegitu rupa, kita kena faham," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jemaah Menteri jelas Anwar, menghormati, memperakui, dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri- negeri dan titah Yang di-Pertuan Agong pada 7 Februari lalu yang menzahirkan agar dasar sedia ada berhubung isu penggunaan kalimah Allah dikekalkan.

“Kerajaan akan senantiasa mempertahan Perlembagaan Persekutuan terutama Perkara 3 berhubung agama Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai,” tegasnya.

Media dua hari lalu melaporkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan, penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah 'Allah' dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021, selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. - Getaran, 17 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi