web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3,000 Bakal Jemaah Haji Selangor Bakal Terima Insentif MBI

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 5:29PM

Pemberian insentif tersebut disampaikan melalui Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 3,000 bakal jemaah haji Selangor, khususnya dari golongan B40 dan M40 bakal menerimah Insentif Haji Muassasah 1444H / 2023M daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemberian insentif tersebut disampaikan melalui Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI).

Menurut beliau, semua jemaah yang memohon dan menepati syarat kelayakan akan menerima wang tunai sebanyak RM500 dan kit syifa mengandungi pelbagai ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.

“Keseluruhan program ini akan diperuntukkan sebanyak RM1,653,000, dan permohonan akan dibuka bermula Jumaat, 19 Mei hingga 25 Ogos nanti,” katanya.

Amirudin berkata, urusan permohonan akan dilaksanakan menerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bagi memudahkan proses pendaftaran.

Proses itu jelasnya, turut diselaraskan oleh MBI selaku pelaksana program.

“Jemaah yang layak memohon semestinya berwarganegara Malaysia dan menyampaikan salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah mengandungi kenyataan bayaran haji serta salinan jadual penerbangan. 

“Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing melalui pautan https://bit.ly/3ByFSxm,” katanya.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan bermula pada 21 Mei ini manakala penerbangan pulang yang terakhir adalah pada 1 Ogos hadapan. 

Hari Wukuf seperti dijangkakan Lembaga Tabung Haji (TH) jatuh pada Selasa, 27 Jun depan.

Untuk tahun ini, sebanyak 98 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa kesemua jemaah haji negara, melibatkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan Saudia.

Lapan stesen berlepas pula akan digunakan untuk semua jemaah seluruh negara melapor diri, antaranya di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kedah, Bayan Lepas, Senai, Kuching, Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Getaran, 17 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

4

Semasa 1 tahun yang lalu

13 Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Sepanjang Musim Haji 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'