web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekalan Elektrik Mid Valley Pulih Sepenuhnya Tengah Hari Tadi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 6:00PM

Gangguan berkenaan berlaku akibat kebakaran Pencawang Masuk Utama (PMU) Mid Valley pagi tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekalan elektrik milik sebahagian besar pengguna di Pusat Beli Belah Mid Valley berjaya dipulihkan seawal empat minit sebaik kebakaran berlaku.

Ketua Pegawai Grid Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir. Dev Anandan berkata, gangguan berkenaan berlaku akibat kebakaran Pencawang Masuk Utama (PMU) Mid Valley pagi tadi.

Menurut beliau, bekalan dipulihkan sepenuhnya sekitar jam 12:30 tengah hari tadi.

“Tindakan pantas Pasukan Teknikal TNB telah dapat memulihkan bekalan elektrik seawal jam 10:55 pagi. 

“Bekalan elektrik dipulihkan secara berperingkat dengan majoriti kawasan terlibat mendapat bekalan masing-masing dalam tempoh satu setengah jam,” katanya.

Dev memberitahu, pemeriksaan TNB mendapati PMU tersebut terpelantik pada jam 10.27 pagi, sebelum bekalan mulai terputus pada jam 10. 51 pagi. 

“Gangguan bekalan itu melibatkan kawasan terhad sekitar Mid Valley dan sebahagian Desa Pantai.

Kebakaran tersebut jelas beliau lagi, tidak menjejaskan sistem pengangkutan di KL Sentral tidak terjejas kerana ia menggunakan punca bekalan yang berbeza. 

“TNB mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat atas bantuan memadamkan kebakaran tersebut. 

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh semua pengguna terlibat,” katanya. - Getaran, 17 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Ayah Leka Berbual, Suis Terbakar Pun Tak Sedar!

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Angkara Rumah Asap, Lebih 850,000 Ekar Kawasan Musnah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini