web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PN Kesal Kerajaan Tarik Semula Rayuan Kes, Biar Mahkamah Yang Tentukan 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 6:24PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) melahirkan rasa kesal atas keputusan kerajaan menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan kalimah Allah digunakan pengikut agama lain.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kes berkenaan melibatkan sensitiviti umat Islam dan kepentingan awam, justeru ia perlu diputuskan mengikut proses perundangan di mahkamah sehingga selesai.

Menurut beliau, kerajaan tidak seharusnya membuat sebarang keputusan dasar selagi proses perundangan berkaitan selesai sepenuhnya.

“Ketika saya menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH), ada menteri daripada parti DAP yang meminta supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyelesaikan kes Jill Ireland di luar mahkamah. 

“Saya tidak bersetuju dengan permintaan ini kerana apa yang dimaksudkan dengan penyelesaian di luar mahkamah itu ialah KDN menarik balik perintah rampasan cakera padat risalah agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah,” katanya.

Jelas Muhyiddin, pendirian KDN pada waktu itu adalah kes terbabit perlu diputuskan oleh mahkamah mengikut proses perundangan. 

“Antara hujah utama KDN pada masa itu ialah penyebaran risalah agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam, dan ini berkemungkinan menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

“Apabila Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill Ireland pada tahun 2021, Kerajaan PN pada ketika itu berpendirian bahawa keputusan kes ini mesti dirayu ke peringkat Mahkamah Rayuan,” katanya.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, adalah menjadi kelaziman dalam mana-mana kes mahkamah untuk membenarkan pihak yang tidak berpuas hati merayu ke mahkamah lebih tinggi.

“Keputusan untuk merayu ke Mahkamah Rayuan juga adalah selaras dengan titah yang dizahirkan pada masa itu oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Sekiranya keputusan mahkamah masih tidak berpihak kepada kerajaan selepas proses rayuan selesai, maka wajarlah bagi pihak kerajaan meminda undang-undang berkenaan demi memastikan tujuan undang-undang tersebut dikuatkuasakan, iaitu untuk menjamin keharmonian hubungan antara masyarakat berbilang agama dan memelihara ketenteraman awam di negara ini dapat dicapai,” jelasnya.

Tegas beliau, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya manakala Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. 

“Maka titah Raja-Raja Melayu dalam hal ini hendaklah dijunjung oleh kerajaan,” katanya.

Penarikan semula rayuan terhadap kes penggunaan kalimah Allah oleh Jabatan Peguam Negara mencetuskan perdebatan hangat sejak beberapa hari lalu, apabila ia didakwa melanggar kesucian Islam sebagai agama rasmi negara.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, Jemaah Menteri telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan kepada Majlis Raja Raja bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung penggunaan kalimah Allah.

Menurut beliau, cadangan tersebut pada masa sama adalah untuk memperkukuh perpaduan serta keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia. - Getaran, 17 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 5 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 6 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global