web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Op Hire : 4 Individu Direman, Seorang Lagi Pengarah Syarikat Ditahan 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 8:36PM

Tiga suspek bagi kes tuntutan palsu di Negeri Sembilan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi. - Gambar ihsan SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat lagi individu ditahan reman hari ini kerana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja atas talian, yang mengandungi butir matan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah program PENJANA.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, kesemua suspek ditahan di Negeri Sembilan, Perlis dan Selangor.

Menurut beliau, penahanan di Negeri Sembilan membabitkan sepasang suami isteri berusia 29 dan 32 tahun, serta seorang wanita berusia 30 tahun.

“Mereka dipercayai ditahan di pejabat SPRM Seremban kira-kira jam 4 petang semalam, ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan.

“Isteri seorang daripada suspek yang juga pemilik syarikat pembuatan kek dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu berjumlah kira-kira lebih RM280,000 pada tahun 2021,” katanya.

Jelas sumber, suami suspek dan seorang lagi suspek wanita itu pula disyaki bersubahat dalam pemindahan transaksi kewangan dan penyediaan dokumen tuntutan palsu. 

“Suspek dihadapkan di Mahkamah Khas Reman, Seremban pagi tadi dan Majistret Loh Sian Yi membenarkan permohonan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 20 Mei nanti,” katanya.

Bagi kes di Perlis pula, sumber berkata, seorang lagi individu direman kerana disyaki memberikan senarai dan butiran pekerja-pekerja yang dikatakan tidak wujud.

Jelasnya, ia bagi mengemukakan borang pengesahan pekerja secara atas talian yang mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan berjumlah kira-kira lebih RM200,000 kepada PERKESO di bawah program PENJANA.

“Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu bertindak menjadi orang tengah kepada seorang pemilik syarikat kontraktor yang telah direman semalam.

“Suspek telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Kangar pada pagi tadi dan Majistret Ahmad Hamdi Mustaffar membenarkan permohonan reman selama dua hari sehingga 18 Mei,” katanya. 

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Sementara itu ketika mengulas satu lagi tangkapan di Selangor, sumber memberitahu Getaran, seorang pemilik syarikat ditahan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu secara atas talian kepada PERKESO untuk mendapatkan bayaran insentif pengambilan pekerja di bawah program PENJANA.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor sekitar jam 1 tengah hari tadi ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan.

“Suspek merupakan pemilik syarikat dan dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu berjumlah kira-kira  RM370,000 sekitar tahun 2020 sehingga 2021,” katanya.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok pada jam 9 pagi untuk permohonan reman,” katanya.

SPRM semalam menahan reman tiga individu dari dua syarikat berbeza kerana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja secara atas talian, yang mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan berjumlah kira-kira RM1 juta kepada PERKESO di bawah program PENJANA. - Getaran, 17 Mei 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'