web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Politikkan Kenyataan Saya, Flat Daif Bukan Perkara Baharu  - Sultan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 9:18PM

Sultan Ibrahim Iskandar - Gambar Facebook Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Pihak tertentu di negara ini diberi amaran agar tidak mempolitikkan kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengenai keadaan flat kos rendah di negeri tersebut.

Titah baginda, keadaan flat yang daif itu bukan perkara baharu dan sedia dimaklumi oleh beberapa kerajaan terdahulu.

"Ini bukan perkara baharu. Kerajaan-kerajaan sebelum ini mengetahui mengenai keadaan flat kos rendah di Johor. 

“Tetapi mereka tidak berbuat apa-apa. Sekarang, Kerajaan Perpaduan yang baharu terpaksa menguruskan masalah-masalah sampah ini," titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Titah Sultan Ibrahim, baginda terpaksa bersuara dan mengemukakan masalah tersebut kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kerana rakyat sudah mula menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri.

“SWM Environment Sdn Bhd (SWM) sebagai syarikat yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pungutan sampah, langsung tidak memuaskan mutu kerjanya terutama di flat-flat kos rendah. 

“Tidak ada elemen politik dalam perkara ini. Jangan jadikan ini sebagai isu politik," titah baginda.

Sultan Ibrahim menerusi titah sama turut menzahirkan penghargaan ke atas Kor Ming yang datang menghadap baginda, kelmarin.

“Kerajaan-kerajaan sebelum ini tidak mengambil peduli akan permasalahan ini.

“Adalah sangat malang Kerajaan Perpaduan kini terpaksa menanggung permasalahan ini,” titah baginda.

Kelmarin, Sultan Ibrahim  menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat kos rendah di negeri ini. 

Titah baginda, majoriti flat kos rendah di Johor berada dalam keadaan daif serta dipenuhi pelbagai sampah sarap .

Keadaan itu titah baginda lagi,  menyebabkan rakyat negeri berkenaan seolah-olah  hidup dalam ‘reban ayam’.  - Getaran, 17 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad