web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terjemahan Al-Quran Proses Penting, Bantu Fahami Agama Islam Dengan Lebih Mendalam 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 7:04AM

Anwar (kiri) mengadakan pertemuan dengan Sheikh Ali Abdullah Al Madhi di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, semalam. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terjemahan Al-Quran adalah proses penting yang membolehkan individu daripada pelbagai latar belakang bahasa memahami agama Islam dengan lebih mendalam.

Serentak dengan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adapah penting untuk negara meningkatkan ketersediaan dan akses kepada terjemahan kitab suci berkenaan dalam pelbagai bahasa.

Menurut beliau, perkara itu dizahirkan menerusi pertemuan bersama Pengurus Besar Noor International Center for the Translations of the Noble Quran, Sheikh Ali Abdullah Al Madhi di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, semalam. 

“Al-Quran sebagai kitab suci utama dalam Islam ditulis dalam bahasa Arab. 

“Namun, kami menyedari bahawa penting juga bagi orang-orang yang tidak memahami bahasa Arab untuk dapat mengakses ajaran Al-Quran dalam bahasa yang sesuai difahami,” katanya menerusi hantaran di Facebook, lewat malam tadi.

Jelas Perdana Menteri, usaha memaksimakan terjemahan Al-Quran dalam berbagai bahasa membolehkan matlamat capaian khalayak lebih luas dapat direalisasikan, sekali gus mencambah wacana yang segar dan pemahaman antara budaya. 

“Gerakan menterjemah ini memainkan peranan penting dalam menyebarkan pengetahuan tentang Islam, sehingga memungkinkan individu untuk mempelajari dan memahami pesan, nilai serta prinsip-prinsip murni Al-Quran.

“Selain itu, promosi terjemahan Al-Quran juga bertujuan menjembatani kesenjangan antara kumpulan masyarakat yang berbeda dan mampu menggalak sikap toleransi serta pemahaman terutamanya dalam aspek hidup berdamping (coexistence),” katanya.

Anwar menarik perhatian, kerajaan dan Noor International Center for the Translations of the Noble Quran
 ingin mempaculkan pendekatan pendidikan agama yang lebih inklusif, sehingga individu dengan latar belakang berbeza dapat terlibat dalam perbahasan yang bermakna mengenai aspek keyakinan dan alam spiritual.

“Kami berharap bahawa melalui upaya ini akan lebih banyak orang memperoleh pemahaman yang mendalam tentang Islam, dan menjalin hubungan yang lebih baik antara berbagai kelompok masyarakat di peringkat rantau dan dunia juga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri memberitahu, beliau menerima jemputan daripada Presiden Mesir, Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi untuk mengadakan lawatan rasmi ke republik berkenaan.

Katanya, jemputan itu disampaikan dalam pertemuan bersama Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr, semalam.

Jelas beliau, jemputan berkenaan merupakan tawaran mesra dan memberi penghormatan kepada Malaysia serta menunjukkan hubungan rapat antara kedua negara. 

“Kunjungan saya kelak akan memberi peluang untuk mempererat hubungan diplomatik, serta memperluas kerjasama ekonomi, pendidikan serta budaya antara Malaysia dan Mesir,” katanya.

Anwar memberitahu, lawatan terbabit juga membuka ruang untuk beliau 
berbincang dengan Presiden Mesir mengenai isu-isu bilateral dan serantau, serta bertukar pendapat mengenai perkembangan geopolitik di peringkat global.

“Ia juga membolehkan Malaysia memperkenalkan keupayaan pelaburan dan kerjasama dalam bidang berkepentingan,” katanya. - Getaran, 18 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang