web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buat Aduan Jika Wujud Penipuan Tiket - KPDN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 12:19PM

Penganjuran konsert Coldplay di Malaysia mencetuskan kontroversi apabila laman web tiket rasmi dikatakan gagal berfungsi dengan baik. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan membuat aduan kepada Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), sekiranya benar wujud unsur penipuan dalam penjualan tiket konsert kumpulan rock antarabangsa British, Coldplay.

Jurucakap kementerian berkata, aduan rasmi perlu dibuat bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut akta yang dikuatkuasakan oleh KPDN atau mana-mana kementerian lain.

Menurut beliau, pelanggan yang merasa diri mereka telah ditipu wajar membuat aduan rasmi dan mengemukakan bukti.

“Orang ramai seharusnya bertindak lebih bijak dan hanya membeli tiket dari saluran jualan rasmi yang sah.

“Kementerian mendapat tahu ada individu bertindak menjual semula tiket berkenaan dengan harga yang berlipat kali ganda,” katanya.

Penganjuran konsert Coldplay di Malaysia mencetuskan kontroversi apabila laman web tiket rasmi dikatakan gagal berfungsi dengan baik, menyebabkan ribuan pelanggan gagal membuat pembelian.

Pelanggan turut melahirkan rasa berang atas tindakan segelintir pihak dikenali sebagai ‘scalpers’ yang bertindak membolot tiket, untuk dijual semula pada harga lebih tinggi.

Ada antara individu terbabit mengiklankan tiket untuk dijual pada harga mencecah RM43,200.

Coldplay, kumpulan rock yang terkenal dengan deretan lagu popular seperti 'Fix You', 'The Scientist' dan 'Paradise' dijadualkan mengadakan persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 22 November nanti. - Getaran, 20 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Ops Pantau 2024: KPDN Catat Nilai Rampasan Lebih RM400,000 Sepanjang 12 Hari

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka