web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PN Tak Berupaya Takutkan Kerajaan Perpaduan, Optimis Bakal Terima Sokongan Rakyat Di 6 PRN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 8:48PM

Ahmad Zahid Hamidi optimis kerajaan akan terus menerima sokongan rakyat termasuk pengundi di Negeri Sembilan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan Perikatan Nasional (PN) kononnya akan berlaku tsunami politik tidak berupaya menakutkan jentera Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi pilihan raya di enam negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya berkata, beliau optimis kerajaan akan terus menerima sokongan rakyat termasuk pengundi di Negeri Sembilan.

Menurut beliau, penyatuan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November tahun lalu membuktikan ketidakupayaan PN membentuk kerajaan.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

“Negara ini negara demokrasi, jadi semua orang boleh bersuara dan bebas memberikan pandangan.

“Tapi selepas PRU-15 kita lihat sendiri apa yang berlaku. Kami yakin bahawa apa yang rakyat mahukan adalah kestabilan,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di Tampin, hari ini.

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

Ahmad Zahid menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipetik sebagai berkata, beliau yakin gabungan berkenaan  mampu meraih sokongan sekurang-kurangnya 70 peratus undi.

Katanya, pengundi Melayu diyakini akan lebih menyokong PN kerana gabungan terbabit mendahului dari aspek populariti dan kepemimpinan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, keutamaan diperlukan rakyat Negeri Sembilan ketika ini adalah pembangunan dari aspek ekonomi dan tawaran atau peluang pekerjaan.

“Atas faktor ini, pengundi di Negeri Sembilan pasti akan lebih bijaksana dalan memilih kerajaan untuk masa depan yang lebih baik.

“Tak perlu (dilayan) propaganda sebegitu. Kita perlu kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan pilihan terbaik buat mereka,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, 148 Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Dewan Rakyat sudah cukup membuktikan bahawa mereka memiliki majoriti dua pertiga.

“Pembangkang perlu mengubah taktik ini. Bukan sahaja di Negeri Sembilan, tetapi juga di Selangor dan Pulau Pinang.

“Pemimpin mereka di dua negeri itu juga bercakap perkara sama. Kita biarkan sahaja Si Luncai terjun dengan labu-labunya,” katanya, sinis.

Ahnad Zahid berkata, beliau selaku Pengerusi BN memberi jaminan bahawa gabungan tersebut akan menggunakan formula dan berpegang pada kaedah meremajakan parti, seperti dijanjikan sebelum ini.

“Kami akan menampilkan lebih ramai muka baharu dan calon muda.

“Kaedah ini terbukti berkesan di Melaka, apabila BN meletakkan 82 peratus muka baharu, dengan 67 peratus adalah calon muda,” katanya.

Tegas beliau, senario sama berlaku di Johor apabila 74 peratus calon adalah muka baharu, malah negeri tersebut juga kini diketuai pemimpin muda sebagai Menteri Besar. - Getaran, 20 Mei 2023







 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini