web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangkitan HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 9:26PM

Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 2,443 atau 24.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes sehingga 13 Mei lalu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut atau Hand Foot and Mouth Disease (HFMD) di Malaysia telah melepasi paras amaran kebangsaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, Minggu Epidemiologi (ME) 19/2023 iaitu antara 7 hingga 13 Mei menyaksikan 1,150 kes direkodkan dalam tempoh seminggu.

Menurut beliau, sejumlah 9,822 kes telah dilaporkan sepanjang minggu berkenaan.

Dr Muhammad Radzi Abu Hassan - Gambar fail
Dr Muhammad Radzi Abu Hassan - Gambar fail

“Walaupun ia lebih rendah berbanding dengan kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu 31,622, terdapat peningkatan kes HFMD dikesan bermula pada ME18/2023 (30 April hingga 6 Mei 2023) yang melepasi paras purata kebangsaan iaitu 722 kes HFMD seminggu. 

“Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 2,443 atau 24.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes sehingga 13 Mei lalu,” katanya hari ini. 

Dr Muhammad Radzi berkata, Sabah menduduki tempat kedua tertinggi dengan 1,505 kes (15.3 peratus), diikuti oleh Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mencatatkan 977 kes (9.9 peratus).

“Johor dan Sarawak masing-masing merekodkan 915 kes (9.3 peratus) dan  750 kes (7.6 peratus),” katanya.

Beliau memberitahu, penyakit berkenaan banyak berlaku ke atas kanak-kanak berusia enam tahun tahun ke bawah iaitu sebanyak 8,587 kes (87.4%)

“Kluster HFMD dikira apabila terdapat dua atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD. 

“Bilangan kes yang dilaporkan bagi setiap kluster adalah kecil iaitu antara dua ke empat kes,” katanya.

Jelas Dr Muhammad Radzi, institusi yang menghimpunkan kanak-kanak merupakan antara tempat dilihat sering berlaku penularan HFMD sehingga kadang kala boleh berlaku kluster penyakit. 

“Ini terutamanya jika kebersihan persekitaran tidak dijaga dan kanak-kanak dijangkiti hadir ke institusi.

“Sejumlah 273 kluster dilaporkan sehingga 13 Mei tahun ini melibatkan 170 kluster (62.3 peratus) atau 675 kes di taska, tabika, tadika, pra-sekolah dan pusat jagaan harian,” katanya.

Beliau memberitahu, 101 kluster (37.0 peratus) berlaku di rumah persendirian dan dua kluster lagi (0.7 peratus) di sekolah.

“HFMD disebabkan oleh jangkitan virus dalam famili enterovirus.Berdasarkan survelan enterovirus pada tahun ini, dua virus utama penyebab HFMD dikesan dalam kalangan kes yang sampelnya diambil, iaitu Coxsackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16). 

“Bagaimanapun, tiada kes HFMD yang dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau kematian dilaporkan,” katanya.

Tegas Dr Muhammad Radzi, langkah kawalan dan pencegahan telah diambil oleh KKM untuk mencegah daripada penularan kes HFMD. 

“Berikutan peningkatan kes HFMD, Kementerian Kesihatan (KKM) ingin menasihati orang ramai agar mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengawal dan menangani peningkatan kes HFMD.

“Ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD dinasihati agar tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/ sekolah/ taska/tadika/ pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

“Mereka juga perlu mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh/ merawat lepuh, 

membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin dan memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul,” katanya.

Pengusaha dan pengasuh di taska pula jelas beliau, perlu sentiasa memastikan kebersihan premis termasuk peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak dan membuat saringan di pintu masuk (gate keeping) bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD.

“Kanak-kanak dengan gejala dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan-kawannya manakala penjaga perlu sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan selepas menguruskan seorang kanak-kanak sebelum mengendalikan kanak-kanak lain.

“Mereka juga diminta sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit termasuk penyakit COVID-19 seperti memakai pelitup muka dan menghadkan pergaulan rapat, memastikan lampin pakai-buang dibuang dalam tong sampah bertutup dan melaporkan kluster HFMD kepada pejabat kesihatan daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan,” katanya. - Getaran, 20 Mei 2023


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah