web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemilik Restoran Tukdin Flavours Of Malaysia Di London Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 May 2023 7:00AM

Zainuddin Yahaya menghembuskan nafas terakhir semalam. - Gambar tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilik restoran makanan Melayu terkenal di London, Zainuddin Yahaya menghembuskan nafas terakhir semalam.

Beliau disahkan meninggal dunia sekitar jam 9.40 pagi waktu tempatan.

Lebih dikenali sebagai Tuk Din, Allahyarham yang mengusahakan restoran Tukdin Flavours of Malaysia itu berusia 70 tahun.

Berita pemergian Allahyarham dikongsi oleh rakan-rakan dan pelanggan setianya menerusi media sosial.

Difahamkan, Allahyarham sebelum ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Hammersmith di London.

Zainuddin merupakan pemastautin tetap di United Kingdom, selepas menetap di sana lebih 40 tahun.

Restorannya yang menawarkan pelbagai juadah Malaysia menjadi pilihan utama rakyat negara ini yang berkunjung ke negara itu.

Terletak di Paddington, restoran berkenaan turut menjadi kegemaran ramai personaliti dan selebriti Inggeris.

Tinjauan Getaran di beberapa platform media sosial mendapati beberapa personaliti popular dan pempengaruh tidak ketinggalan menzahirkan rasa sedih atas pemergian Allahyarham.

Wartawan dan personaliti TV3, Haliza Hashim Doyle menerusi akaun Instagram berkata, beliau amat bersedih sebaik dimaklumkan Zainuddin telah meninggal dunia.

“Rakyat Malaysia di sini (London) yang pernah ke restoran Tukdin pasti mengenali atau pernah bertemu beliau.

“Sebagai antara orang Melayu lama di London, Tukdin adalah tunjang kepada komuniti Malaysia di sini,” katanya.

Jelas Haliza, Allahyarham adalah penyokong kuat projek digerakkan pertubuhan amal Mercy Humanitarian UK, khususnya di bulan Ramadan.

“Apa lagi yang boleh saya katakan selain daripada terima kasih untuk persahabatan ini.

“Kami akan merindui awak Tukdin. Awak sentiasa di dalam hati dan doa kami. Salam takziah untuk keluarga Tukdin di London; Kak Midah, Fauzi dan Nurul.  Dan semoga Tukdin ditempatkan di kalangan para solihin.

Al- Fatihah Zainuddin Yahaya (1953-2023),” katanya. - Getaran, 21 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'