web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Reezal Sedih Hawari Hilang, Mohon Doakan Beliau Selamat Ditemui

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 May 2023 4:13PM

Muhammad Hawari Hashim. - Gambar dari Facebook Hawari Warie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehilangan pendaki Malaysia ke Gunung Everest, Muhammad Hawari Hashim turut meraih perhatian Ketua UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Menurut beliau, Hawari yang juga orang kelainan upaya (OKU) bisu dan pekak sempat menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp sebelum memulakan misi pendakian.

Reezal Merican Naina Merican - Gambar fail
Reezal Merican Naina Merican - Gambar fail

“Sama-sama kita panjatkan doa buat Hawari. Muhammad Hawari Hashim, anak Kepala Batas yang mengikuti misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023) hilang selepas berjaya menakluk puncak Everest.

“Saya amat berdukacita. Sebelum memulakan misi ke Everest, beliau ada menghantar mesej Whatsapp kepada saya “I’m ready to Everest”. Saya doakan semoga beliau diberi keselamatan “ katanya menerusi hantaran di Facebook.

Reezal menyatakan demikian sebagai mengulas kehilangan pemuda berkenaan yang dilaporkan media online Nepal, semalam.

Hawari juga adalah OKU Malaysia pertama yang berjaya menakluk gunung tertinggi dunia itu.
Hawari juga adalah OKU Malaysia pertama yang berjaya menakluk gunung tertinggi dunia itu.

Pengarah Pioneer Adventure Pvt Ltd, Nivesh Karki dilaporkan berkata, Hawari dilaporkan hilang ketika sedang dalam perjalanan menuruni Camp Four, selepas terlebih dahulu berjaya menakluk puncak Everest.

Beliau adalah antara pendaki yang terpilih menjayakan misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023).

Hawari juga adalah OKU Malaysia pertama yang berjaya menakluk gunung tertinggi dunia itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Reezal yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (MATRADE) mengajak semua rakyat memanjatkan doa agar Hawari selamat ditemui.

“Sama-sama kita doakan semoga diberikan kesejahteraan dan selamat ditemui dengan izin Allah SWT serta selamat kembali ke pangkuan keluarga tercinta.

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang maha memberi keselamatan, dari keselamatan, Maha Suci Allah, Pemilik kebesaran dan kemuliaan. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.

Sebelum kehilangan Hawari dilaporkan, ME 2023 terlebih dahulu dikejutkan dengan kematian Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Awang Askandar Ampuan Yaacob, dua hari lalu.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.30 pagi waktu Nepal, selepas terjatuh pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak,35, dipetik sebagai berkata, Allahyarham ketika kejadian sedang melakukan pendakian bersama Hawari dan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak. - Getaran, 21 Mei 2023





 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi