web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saifuddin, Berhentilah Jadi Seperti Budak, Kamu Tak Layak Kritik PM - Ramanan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 8:08PM

Saifuddin Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah perlu berhenti bersikap kebudak-budakan.

Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Ramanan Ramakrishnan ketika dihubungi Getaran berkata, kenyataan dikeluarkan Saifuddin jelas menampakkan beliau dahagakan publisiti murahan.

Menurut beliau, mantan Menteri Luar itu bukan individu yang layak untuk bercakap mengenai ketokohan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramanan Ramakrishnan - Gambar oleh Azim Rahman
Ramanan Ramakrishnan - Gambar oleh Azim Rahman

“Perdana Menteri ialah pemimpin yang telah berjuang menentang ketidakadilan selama hampir 30 tahun.

“Beliau berdepan pelbagai pahit getir perjuangan, bukan seperti Saifuddin. Saifuddin tidak layak bercakap mengenai beliau,” selarnya.

Ramanan menyatakan demikian sebagai mengulas kritikan dibuat Saifuddin, yang menyarankan agar Anwar berhenti ‘berlakon’ dan perlu berkelakuan sebagai seorang Perdana Menteri.

Jelas Saifuddin, Perdana Menteri lebih kelihatan sebagai seorang selebriti sedangkan beliau adalah pemimpin nombor satu negara.

Membalas kritikan Saifuddin itu, Ramanan berkata, pemimpin BERSATU tersebut seharusnya berfikir lebih panjang sebelum membuat sebarang kenyataan bersifat dangkal yang boleh menjerat dirinya kembali.

“Kalau mahu sebut pasal berlakon, saya rasa Saifuddin lebih layak. Mula-mula (sertai) UMNO. Kemudian (masuk) PKR. Dari perjuangan mengenai orang Melayu, beralih kepada perjuangan lebih liberal.

“Sekarang BERSATU pula. Entah apa parti pilihan beliau selepas ini. Pendirian beliau tidak pernah tetap, bertukar-tukar mengikut kepentingan dirinya. Kejap (melompat) sana, kejap (melompat) sini,” katanya sinis.

Jelas Pengerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) itu, perilaku ditonjolkan Saifuddin lebih buruk daripada lakonan yang didakwa dilakukan Perdana Menteri.

“Saifuddin akan mengikut siapa sahaja yang sudi memberinya kuasa dan pangkat, kerana itu tak hairan prinsip perjuangannya sentiasa berubah.

“Sikap ini tak ubah seperti sesumpah, berubah warna untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Tegas Ramanan, Anwar satu ketika dahulu adalah pemimpin yang dijulang Saifuddin sewaktu beliau bergelar ahli PKR.

“Saifuddin lebih banyak bersandiwara malah pembabitannya dalam politik saya percaya, hanya untuk kepentingan dan agenda peribadi.

“Berbeza dengan Perdana Menteri, sejak beliau mengasaskan penubuhan PKR lebih 20 tahun lalu, kesetiannya terhadap parti tidak pernah berubah,” katanya. - Getaran, 21 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka