web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kelab GTR Bakal Latih Komuniti Miskin Bandar, Bantu Jana Pendapatan Tambahan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 8:19PM

Nordin (dua dari kiri) menerima Surat Kelulusan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) daripada Suhaimi dalam satu majlis di Putrajaya, semalam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR)  melangkah setapak lagi, apabila diberi tauliah untuk menyediakan latihan kemahiran keusahawanan dan perniagaan kepada golongan B40 di kawasan bandar.

Tauliah berkenaan diterima Pengasas Kelab GTR, Nordin Mat dalam bentuk Surat Kelulusan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB).

Ia disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti KPKT, Suhaimi Ali dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya, semalam. 

Menurut Suhaimi, PEKB bertujuan membantu golongan B40 menambah pendapatan masing-masing.

Menurut beliau, program tersebut dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang sudah diperkenalkan sejak 2013.

“Program PEKB ini diadakan untuk menyahut seruan kerajaan membantu penduduk miskin di kawasan bandar meningkatkan pendapatan mereka, dan seterusnya berjaya keluar dari garis kemiskinan bandar,” katanya kepada Getaran hari ini.

Nordin bersama Surat Kelulusan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) yang diterima daripada Suhaimi dalam satu majlis di Putrajaya, semalam.
Nordin bersama Surat Kelulusan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) yang diterima daripada Suhaimi dalam satu majlis di Putrajaya, semalam.

Jelas Suhaimi, PEKB adalah satu daripada program pembasmian kemiskinan bandar dilaksanakan oleh kementerian, bermula sejak 2013.

“PEKB bermatlamat meningkatkan kemahiran kumpulan sasar yang berdaftar dengan sistem E-Kasih dan tinggal di kawasan bandar.

"Ia dilaksanakan supaya mereka mampu mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan punca pendapatan lebih tinggi dan meningkatkan kualiti hidup masing-masing,” katanya.

Beliau memberitahu, KPKT akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai pelaksana inisiatif ini untuk memastikan kesejahteraan penduduk di bandar berada pada tahap yang baik.

Menurutnya, ia selaras dengan konsep kedua dalam Malaysia Madani iaitu kesejahteraan.

"Pelaksanaan program PEKB akan menjadi satu pakej lengkap, kerana peserta yang mengikuti prorgam ini bukan sahaja akan diberi latihan kemahiran semata-mata tetapi juga turut disuntik dengan kursus motivasi, keusahawanan dan pengurusan kewangan," ujarnya.

Suhaimi memberitahu, program berkenaan selepas selesai tidak akan berakhir di situ sahaja, malah peserta akan dibekalkan dengan peralatan bagi membolehkan peserta menjalankan perniagaan.

“Mereka akan dipantau oleh NGO yang dilantik sebagai pelaksana program.

“Sasaran diletakkan KPKT ialah seramai 835 peserta akan menyertai program PEKB tahun ini dari seluruh negara melalui 14 bidang latihan, antaranya makanan dan minuman, servis pembaikan peralatan, jahitan, rekabentuk dan percetakan, perkhidmatan domestik dan peruncitan pemasaran,” katanya.

Sementara itu Nordin berkata, peserta akan diberikan latihan dan bimbingan dalam perniagaan menjual burger jalanan iaitu perniagaan yang kini sudah berjaya menghasilkan lebih 350 gerai burger di seluruh negara.

"Terima kasih kepada pihak KPKT atas penyerahan surat kelulusan untuk kita melaksanakan PEKB di seluruh negara melalui program dengan GTR Burger.

"Jadi kepada yang terlibat dengan program E-Kasih, boleh kita bersama-sama untuk menjalankan program ini dan semua kos ditanggung oleh pihak kerajaan sepenuhnya," katanya. - Getaran, 21 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'