web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Akan Lebih Proaktif Tangani Islamofobia, Mandat Utama Wisma Putra - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 May 2023 6:55AM

Anwar (dua kiri) bersama tiga ilmuwan terkemuka dunia Islam, Mufti Ismail Menk (tengah), Dr Muhammad Salah (paling kiri) dan Sheikh Wael Ibrahim dari The Aware Academy, Australia. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mengambil langkah proaktif untuk menangani gejala Islamofobia yang kian membarah di negara luar, dan ia akan menjadi mandat utama Kementerian Luar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fahaman agama yang melampau perlu ditangani dengan berpaksi kepada pendidikan.

Menurut beliau, ini secara tidak langsung berkait rapat dengan asuhan dan ajaran diterima masyarakat, khususnya sewaktu membesar.

Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Gambar Facebook Anwar Ibrahim

“Sering diingatkan bahawa sayugia kita menjadi pendakwah dan bukan penghukum. 

“Justeru penting untuk diketengahkan faham yang lebih sederhana, serta membudayakan adab Al-Ikhtilaf dalam menyikapi perbedaan pandangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook lewat malam tadi.

Perdana Menteri menyatakan demikian ketika berkongsi pertemuannya bersama tiga ilmuwan terkemuka dunia Islam, Mufti Ismail Menk, Dr Muhammad Salah dari Huda TV, Amerika Syarikat dan Sheikh Wael Ibrahim dari The Aware Academy, Australia.

Ketiga-tiga mereka berada di Malaysia bagi menjayakan program dikenali sebagai Faith Conference, selama dua hari berakhir semalam.

Acara anjuran Faith Events Asia itu diadakan di Pusat Konvesyen Shah Alam, Selangor.

Turut mengiringi Perdana Menteri pada pertemuan tersebut ialah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan beberapa tokoh agama tempatan.

Ia diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri iaitu Seri Perdana, Putrajaya.

Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri memberitahu, pertemuan berkenaan turut membolehkan beliau dan tetamu berbincang mengenai beberapa ittijahat (jalur pemikiran) umat semasa. 

Turut disentuh menerusi pertemuan berkenaan ialah menyingkap persoalan mengenai Adab Al-Ikhtilaf.

“Kita turut berbincang mengenai kepentingan untuk mewacanakannya.

“Ia perlu selari mengikut kupasan secara tuntas oleh Allahyarham Sheikh Taha Jabir Alwani,” katanya.

Mengakui terharu dengan kehadiran barisan pendakwah terkemuka dunia itu, Anwar berkata, Mufti Ismail Menk telah melahirkan hasrat untuk melawat Malaysia dengan lebih kerap.

“Saya nyatakan bahawa pintu kita sentiasa terbuka, dan mudah-mudahan negara tercinta ini sentiasa mendapat limpahan berkat daripada Allah SWT,” katanya. - Getaran, 22 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global