web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penganjuran Minggu Perpaduan Penting Untuk Semarakkan Semangat Rakyat - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 7:08AM

Anwar (dua kiri) berkata, ia memainkan peranan penting dalam menyebar pengetahuan, kefahaman dan penghayatan rakyat Malaysia mengenai kepelbagaian budaya serta segmen kenegaraan yang menerapkan semangat patriotisme. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjuran acara seperti Minggu Perpaduan amat penting bagi menyemarakkan semangat itu dalam kalangan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia juga memainkan peranan penting dalam menyebar pengetahuan, kefahaman dan penghayatan rakyat Malaysia mengenai kepelbagaian budaya serta segmen kenegaraan yang menerapkan semangat patriotisme. 

“Saya kagum dengan pelbagai persembahan disaluti elemen perpaduan yang turut dihayati rakyat jelata kendatipun cuaca panas di Kuching,” katanya menerusi hantaran di Facebook lewat malam tadi.

Anwar mengiringi Al-Sultan Abdullah dalam perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan di Kuching, Sarawak. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Anwar mengiringi Al-Sultan Abdullah dalam perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan di Kuching, Sarawak. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Anwar sebelum itu terlebih dahulu mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan di Kuching, Sarawak.

Majlis penuh harmoni itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof selain beberapa menteri Kabinet.

Sebelum itu BERNAMA melaporkan, cuaca terik di Kuching tidak menghalang penduduk bandaraya itu menggayakan pelbagai busana tradisional mewakili pelbagai etnik serta kaum di Malaysia.

Sikap ‘sporting’ mereka nyata menghidupkan suasana Jambatan Darul Hana dan sekitar Tebingan Kuching, yang juga lokasi acara sambutan Minggu Perpaduan Negara 2023.

Seawal 6.30 pagi semalam, 2,471 peserta terdiri daripada pelbagai kaum dan agama sudah mendaftar untuk melakar sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori ‘Pemakaian Baju Etnik Teramai Dalam Satu Acara’. 

Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Antara busana yang dilihat digayakan peserta ialah pakaian orang Melanau, Kedayan, Iban, Lun Bawang, Orang Asli Mah Meri, Kadazan, Murut, Cina dan Punjabi. 

Jurucakap Kementerian Perpaduan dipetik sebagai berkata, acara berkenaan menerima sambutan menggalakkan daripada peserta yang dibarisi murid prasekolah, pelajar sekolah, mahasiswa Institut Pengajian Tinggi, komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan orang awam. 

Menurut beliau, sijil pengiktirafan MBOR turut diberikan bagi kategori ‘Penyertaan Kumpulan Etnik Terbanyak dalam Pameran Kebudayaan’ dengan penyertaan 17 kumpulan etnik.

Kedua-dua sijil berkenaan disampaikan Penganalisis Penyelidikan MBOR, Siti Nurhanim Mohd Noh dan Eksekutif Akaun MBOR Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi kepada Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang malam tadi. - Getaran, 22 Mei 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'