web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MITRA Mula Laksana Pelbagai Inisiatif, Mahu Hilangkan Stigma Negatif

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 8:16PM

Ramanan Ramakrishnan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dua bulan dilantik meneraju Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA), Datuk Ramanan Ramakrishnan dilihat berjaya membawa pelbagai pembaharuan positif yang mula menjadi perhatian masyarakat.

Setelah sekian lama terpalit dengan pelbagai isu negatif termasuk skandal penyelewengan dana, MITRA buat julung kali berada di landasan yang tepat.

Bercakap kepada Getaran di sini hari ini, Ramanan berkata, beliau semakin yakin dengan tugas mengemudi dana tersebut yang sebenarnya untuk memperkasa sosio ekonomi masyarakat India tempatan, khususnya golongan B40.

Jelas Ahli Parlimen Sungai Buloh itu, sudah menjadi tekadnya untuk membersihkan imej dan nama baik MITRA selepas sekian lama dipalit pelbagai kisah negatif.

“Seperti yang saya katakan pada hari pertama bertugas, kehadiran saya bukan untuk mencari salah sesiapa.

“Apa yang berlaku sebelum ini perlu dijadikan tauladan, tetapi saya tidak mahu menuding jari. Saya di MITRA bukan untuk ‘memburu’ sesiapa,” katanya.

Menurut beliau, segala urusan dan transaksi kewangan oleh pentadbiran terdahulu akan diserahkan kepada Jabatan Audit Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Biar pihak berkenaan yang memeriksa secara terperinci dan menyeluruh, sekali gus menentukan tindakan yang seharusnya diambil,” katanya.

Tegas Ramanan, tumpuan utama beliau ketika ini adalah merangka pelbagai program dan inisiatif yang berupaya menambah baik kedudukan serta status sosioekonomi komuniti India negara.

“Sebagai contoh, MITRA telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh permohonan geran bagi memastikan ia sampai kepada golongan sasaran.

“Kalau sebelum ini permohonan mereka ditolak, cubalah lagi. Yang belum pernah memohon, amat digalakkan mencuba,” katanya.

Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR itu memberitahu, MITRA juga turut mengumumkan beberapa inisiatif lain, termasuk memperuntukkan RM20 juta bagi Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda untuk pelajar India kategori B40 di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Kami khaskan program ini untuk penuntut bermula pada tahun kedua hingga tamat pengajian.

“Mereka yang layak akan menerima bantuan subsidi ‘one-off berjumlah RM2,000,” katanya.

Getaran diberitahu, MITRA turut mewujudkan Program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta (Tamil) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

Ramanan berkata, program berkenaan bakal memanfaatkan 4,500 kanak-kanak India B40 dengan peruntukan sebanyak RM10.8 juta.

“MITRA mahu memastikan kami berjaya mencapai objektif untuk mengurangkan kadar keciciran pendidikan awal dan masalah literasi kanak-kanak India dari golongan B40,” katanya.

Turut dilaksanakan ialah Subsidi Bantuan Dialisis yang disasarkan kepada 900 pesakit kronik buah pinggang.

Melibatkan peruntukan berjumlah RM8.64 juta, memberitahu, semua pesakit akan menerima bayaran subsidi sebanyak RM200 bagi satu sesi dialisis.

“Bayaran ini akan dibuat seminggu sekali bagi tempoh setahun,” katanya. - Getaran, 22 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah