web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


NTW 2023 Tawar Peluang Pembelajaran, Diharap Mampu Tepati Sasaran - Sivakumar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 8:43PM

V. Sivakumar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Minggu Latihan Kebangsaan 2023 (NTW 2023) yang bermula hari ini hingga 28 Mei nanti diharapkan mampu menepati sasaran iaitu menyediakan 10,000 kursus secara percuma melibatkan 125,000 peserta dan 5000 pengajar.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, NTW 2023 diyakini berupaya memberikan peluang pembelajaran, latihan, dan peningkatan kemahiran secara serentak di seluruh negara. 

Menurut beliau, semua peserta diharap dapat menyelesaikan lebih daripada 500,000 jam latihan secara kolektif, dan penyedia latihan dapat menyampaikan nilai latihan lebih daripada RM250 juta secara percuma.

“NTW 2023 adalah minggu latihan dan aktiviti seluruh negara yang mengumpulkan organisasi serta individu dari pelbagai latar belakang dan industri untuk latihan serta pembangunan. 

“Ini adalah program pertama dalam negara, yang menyaksikan latihan dilaksanakan ditawarkan secara insentif, percuma dan berfokus kerjaya dengan berteraskan kepada TVET,” katanya hari ini.

Sivakumar berkata, inisiatif oleh kementerian dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) itu turut menerima kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi, kerajaan negeri, agensi kerajaan dan pihak swasta.

NTW juga katanya, dibantu individu berpengalaman luaas newakili persatuan industri, akademik dan penyedia program serta latihan.

“Modal insan merupakan sumber amat penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang mantap dan berterusan. 

“Malaysia perlu mendorong tenaga kerja serta bakat tempatan untuk terus belajar dan berkembang bagi meningkatkan daya saing global dalam jangka masa panjang,” katanya.

Beliau memberitahu, NTW 2023 adalah platform terbaik untuk mendorong rakyat Malaysia meningkatkan kemahiran serta pengetahuan, khususnya latihan dalam berbagai bidang kemahiran insaniah dan teknikal secara percuma. 

“Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk turut serta dalam NTW 2023.

“Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh melayari  pautan www.nationaltrainingweek.gov.my dan mendaftar untuk mana-mana kursus yang tersedia,” katanya.

Semua kursus berkenaan jelas Sivakumar, akan dijalankan melalui pembelajaran secara bersemuka, dalam talian, atau pembelajaran hibrid.

“Ia merangkumi pelbagai kemahiran insaniah dan teknikal dalam latihan, pemantapan, kemudahan, dan pembelajaran,” katanya. - Getaran, 22 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah