web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jalur Gemilang Berkibar Lagi Di Everest, Tahniah Nagarajan!

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 9:24PM

RJ Nagarajan (kanan) juga ialah rakyat Malaysia kedua yang berjaya menakluk kesemua tujuh puncak tertinggi dunia di tujuh benua, versi Ralhold Messner. - Gambar Ihsan ZEROTO8000

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jalur Gemilang berkibar buat kesekian kalinya di puncak Everest, apabila RJ Nagarajan, 59, berjaya melengkapkan misi menawan gunung tertinggi itu hari ini.

Pengasas ZEROTO8000, Mohd Khafiz Bachik berkata, Nagarajan tiba di puncak gunung pada jam 10.30 pagi waktu tempatan (12.45 tengah hari waktu Malaysia).

Menurut beliau, Nagarajan juga ialah rakyat Malaysia kedua yang berjaya menakluk kesemua tujuh puncak tertinggi dunia di tujuh benua, versi Ralhold Messner.

“Selain kejayaan tersebut, Nagarajan turut diiktiraf sebagai rakyat Malaysia keempat yang berjaya mendaki kesemua tujuh puncak dikenali sebagai ‘World 7 Summit’,” katanya kepada Getaran hari ini.

Mohd Khafiz berkata, selain Everest pada ketinggian 8,850 meter, enam gunung tertinggi lain yang berjaya didaki Nagarajan atau lebih dikenali sebagai Rajan ialah Gunung Aconcagua di Argentina pada ketinggian 6961 meter iaitu puncak tertinggi di benua Amerika Selatan.

“Seterusnya ialah Gunung Denali di Amerika Syarikat pada ketinggian 6,194 meter yang juga puncak tertinggi di benua Amerika Utara.

“Gunung Kilimanjaro di Tanzania pada ketinggian 5,895 meter iaitu puncak tertinggi di benua Afrika, Gunung Elbrus di Rusia pada ketinggian 5642 meter iaitu puncak tertinggi di benua Eropah,” katanya.

RJ Nagarajan
RJ Nagarajan

Turut termasuk dalam koleksi World 7 Summit jelas Mohd Khafiz, ialah Gunung Vinson pada ketinggian 4,892 meter yang merupakan puncak tertinggi di benua Antartika dan Gunung Kosciuszko di Australia pada ketinggian 2,228 meter  iaitu puncak tertinggi di benua Australia. 

“Rajan juga berjaya melengkapkan pendakian dua lagi gunung iaitu Gunung Mont Blanc, di Perancis pada ketinggian 4,810 meter dan Puncak Jaya di Irian Jaya pada ketinggian 4884 meter,  yang masing-masing mempunyai versi berbeza untuk benua Eropah dan Australia,” katanya.

Beliau menarik perhatian, Rajan mengambil masa tujuh tahun bermula pada 2016 untuk melengkapkan semua pendakian tersebut.

“Sebelum ini Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin telah menjadi rakyat Malaysia pertama menamatkan Pendakian 7 Summits versi Reinhold Messner (Carsten Pyramid).

“Dua lagi pendaki iaitu Ahmad Reduan Rozali dan Fakri Abdul Samah pula telah berjaya mendaki kesemua World 7 Summit versi Richard Bass (Kosciousko),” katanya.

Sementara itu Rajan berkata, misi dilakukannya itu adalah bagi membuktikan semangat anak Malaysia yang mampu mengejar impian dan mencipta kejayaan.

“Setiap rakyat Malaysia harus berusaha dan berdikari untuk mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang. 

“Saya sendiri melakukan semua pendakian ini dengan bekerja keras mengumpul dana sendiri dan kini terbukti telah berjaya,” katanya. - Getaran, 22 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi