web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


40 Individu Ditahan Disyaki Terlibat Sindiket Perjudian, Pengurup Wang Digital Tidak Sah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 7:11AM

Hasil siasatan mendapati sindiket itu menyediakan platform judi dalam talian yang menyasarkan warga Taiwan dan pelanggan yang berminat untuk bertaruh di platform itu dikehendaki untuk membuat pindahan wang ke akaun keldai yang dipercayai berada di China - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 40 individu ditahan disyaki terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian dan pengurup wang digital tidak sah menerusi beberapa serbuan di ibu negara dan Selangor, Jumaat lepas.

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kesemua yang ditahan itu terdiri daripada 17 lelaki dan seorang wanita tempatan, 15 lelaki dan enam warga China, serta seorang lelaki warga Singapura, berumur antara 20 hingga 58 tahun.

“Beberapa barang kes juga turut dirampas semasa serbuan antaranya telefon bimbit, wang tunai dolar Amerika (USD), jongkong berwarna keemasan, kereta, jam tangan, beg tangan, pelbagai jenis barang kemas dan pelbagai jenama set komputer,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati sindiket itu menyediakan platform judi dalam talian yang menyasarkan warga Taiwan dan pelanggan yang berminat untuk bertaruh di platform itu dikehendaki untuk membuat pindahan wang ke akaun keldai yang dipercayai berada di China.

“Siasatan turut mendapati sindiket itu juga menjalankan kegiatan pengurup wang digital tanpa lesen dengan melakukan penukaran wang yang diterima dari China kepada matawang Kripto (USD) yang kemudiannya menghantar semula mata wang itu ke negara tersebut,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek telah direman bermula Sabtu lepas hingga Khamis ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad