web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terpaksa Belajar Dalam Panas, Sistem Pendidikan Tandus Empati?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 May 2023 9:24AM

Sistem pendidikan negara didakwa semakin ketandusan elemen empati, khususnya ke atas kesejahteraan pelajar - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sistem pendidikan negara didakwa semakin ketandusan elemen empati, khususnya ke atas kesejahteraan pelajar.

Pakar pendidikan, Dr Anuar Ahmad berkata, semua slogan sekolah yang giat dilaungkan ketika ini tidak berjaya mengubah keadaan menjadi lebih baik.

Menurut beliau, slogan lunak seperti ‘Sekolahku Sejahtera’, ‘Murid Ceria Guru Bahagia’ hanya tinggal sebagai slogan dan keadaan masih sama seperti dulu.

“Suhu panas di sekolah memang menyebabkan hati kita 'mudah panas' melihat keadaan murid-murid dan guru. 

“Kita bercakap soal pendidikan berkualiti, bertaraf dunia, PAK21, transformasi sekolah dan berbagai lagi (tetapi) murid-murid rimas dan panas dalam kelas pun kita tak mampu selesaikan. Itulah kita,” keluhnya.

Kenyataan Anuar itu dikongsi menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau menyatakan demikian berdasarkan pengamatan dibuat apabila berada di sekolah sehari suntuk, dalam keadaan panas dan berbahang.

“Saya di sekolah sepanjang hari ini. Suhu antara 31°C (dalam kelas) dan 33°C (luar kelas). Sangat panas dan rimas. 

“Di dalam kelas, saya lihat murid-murid berkipas menggunakan apa sahaja yang tercapai. Kertas, buku atau dengan tangan. Sekejap-sekejap mereka mengelap peluh di muka dan mengipas-ngipas tudung. Nampak wajah mereka lesu, rimas dan gelisah,” katanya.

Di sebalik situasi yang tidak selesa itu jelas Anuar, guru terus mengajar tanpa noktah walaupun ada pelajar yang gagal memberi perhatian.

“Memang sebagai guru yang bertanggungjawab, mereka mesti habiskan topik yang dirancang untuk hari ini. Kalau tak habis, topik esok dan seterusnya akan tertangguh. Bala besar nanti.

“Guru terus mengajar. Ada murid-murid yang memandang keluar kelas. Pandangan yang kosong. Guru terus mengajar.  Ada murid-murid di belakang kelas bercakap sesama sendiri. Mereka semakin hilang fokus. Panas, rimas dan bosan. Teknik PAK21 berbentuk 'bebelan' guru nampaknya menambahkan lagi rasa ingin segera keluar dari bilik darjah. Tapi apa daya mereka. Mereka hanya murid-murid yang tiada suara. Bersabar sahajalah,” katanya.

Kelegaan jelas beliau, hanya terpancar di wajah murid-murid apabila loceng berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan.

“Saya bayangkan apa kata kalau seminggu sekali seluruh bangunan KPM di Putrajaya, semua bangunan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tutup aircond (pendingin hawa). Tak perlu lama.  Cukuplah 2 jam (11 pagi sampai 1 tengah hari). 

“Teruskan bekerja atau bermesyuarat dengan tiada aircond, cukuplah pasangkan kipas angin. Apa rasanya? Pasti rimas, panas dan hilang motivasi untuk bekerja dengan baik,” katanya.

Tegas Anuar, situasi sama dihadapi oleh setiap pelajar di sekolah ketika ini, malah mereka perlu berdepan keadaan itu selama lima jam sehari pada setiap waktu persekolahan.

“Fahamilah, tiga puluh tahun dulu, cuaca panas tak seperti sekarang. Dulu kita masih mampu bertahan. Tetapi bukan sekarang.

“Anda kesian (kasihan) pada mereka? Apa tindakan anda sebagai orang yang diberikan amanah selain kata 'kesian',” soalnya. - Getaran, 23 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global