web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jumlah Subjek Sekolah Rendah Wajar Dikurangkan - Anuar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 May 2023 4:39PM

Pakar pendidikan menyarankan bilangan subjek di sekolah rendah dikurangkan bagi menepati konsep kurikulum bersepadu yang telah diperkenalkan sejak 1983. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bilangan subjek di sekolah rendah seharusnya dikurangkan bagi menepati konsep kurikulum bersepadu yang telah diperkenalkan sejak 1983.

Pakar Pendidikan, Dr Anuar Ahmad berkata, perkara itu boleh dilaksanakan dengan penggabungan subjek tertentu, contohnya Sejarah dan Sains ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Menurut beliau, asas pengetahuan Geografi, alam sekitar dan keselamatan jalan raya juga boleh disepadukn sebagai kandungan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu atau Inggeris.

“Yang penting di peringkat sekolah rendah, memadai murid didedahkan dan tahu kandungan asas sejarah, sains atau yg lain melalui aktiviti pengajaran bahasa Melayu atau Inggeris. 

“Temakan dan pelbagaikan isikandungan Bahasa Melayu. Ada fiksyen dan ada non-fiksyen. Murid boleh buat karangan atau membaca karangan 'Mat Kilau di Pahang', 'Rukunegara', 'Jalur Gemilang,'Raja Berperlembagaan' atau karangan bertajuk 'kemerdekaan Tanah Melayu', “ katanya.

Dr Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad

Menerusi saranan sama Anuar berkata, perkara yang perlu ditekankan di peringkat sekolah rendah ialah kemahiran membaca-menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta mengira . 

“Kandungan sejarah adalah 'alat belajar' atau bahan kandungan sahaja. Tak perlulah ada ujian tentang kandungan sejarah. 

“Begitulah juga, boleh sahaja guna isikandungan sains untuk kemahiran menulis, membaca  dan menutur dalam aktiviti mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk sekolah rendah,” katanya.

Tegas beliau, pelajar kuga boleh menulis, membaca atau menutur tentang 'Bee Life Cycle', 'The solar system', 'Light and Sound' dan sebagainya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. 

“Murid-murid ada masa enam tahun untuk belajar sejarah atau sains dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Susunlah topik yang sesuai mengikut tahun. 

“Apa yang kita akan dapat dengan cadangan ini? Murid-murid akan mahir bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, mereka masih ada pengetahuan sejarah dan sains, malah tak ada lagi banyak subjek mereka perlu belajar untuk sekolah rendah,” katanya.

Jelas Anuar, pengurangan subjek sekolah rendah kepada hanya lima mata pelajaran juga membolehkan jumlah pelajar bagi setiap kelas dikecilkan.

“Sebab subjek sekolah rendah hanya lima, guru-guru boleh diagihkan supaya satu kelas akan ada 25 orang murid sahaja. 

“Konsep kurikulum bersepadu sudah 40 tahun diwujudkan, ia masih relevan dan patut diteruskan. Kita memang sudah ada kaedahnya tanpa kos tambahan yang besar. Sebab itu memadailah lima mata pelajaran untuk sekolah rendah. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Agama Islam, Moral (non -Muslim), Matematik dan Pendidikan Kesihatan dan Jasmani,” katanya. - Getaran, 23 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka