web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beroperasi Tanpa Lesen Sah, Awesome TV Dikompaun RM250,000

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 8:00PM

Difahamkan lesen itu dikeluarkan kepada Awesome Broadcasting Sdn Bhd tetapi ia digunakan oleh Awesome Media Network Sdn Bhd. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendenda Awesome TV sebanyak RM250,000 atas pelbagai kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen yang sah.

Difahamkan lesen itu dikeluarkan kepada Awesome Broadcasting Sdn Bhd tetapi ia digunakan oleh Awesome Media Network Sdn Bhd.

SKMM sebelum ini menerusi kenyataan pada 21 Februari memaklumkan, pihaknya membuka kertas siasatan terhadap Awesome TV di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung perkara berkaitan dengan pematuhan syarat lesen.

Kemudian pada Mac lalu, SKMM memberitahu media bahawa ia sedang mempertimbangkan tindakan terhadap salah sebuah syarikat induk Awesome TV atas kemungkinan pelanggaran di bawah Seksyen 36 akta sama, yang melarang pemindahan pemilikan lesen tanpa kelulusan bertulis menteri bertanggungjawab untuk komunikasi dan multimedia.

Pegawai kawal selia SKMM pada 8 Mac lalu melawat Awesome TV dan bertemu dengan pengurusan kanannya serta mendapatkan dokumen sebagai sebahagian daripada siasatannya.

“Pelanggaran itu sudah memadai untuk SKMM menutup stesen itu tetapi ia meneruskan kompaun terhadap stesen berkenaan,” kata sumber.

Bagaimanapun, dengan masalah kewangannya, sesiapa sahaja dapat meneka sama ada Awesome TV akan dapat membayar denda itu.

Stesen bermasalah kerana melanggar pihak berkuasa

Stesen televisyen yang bermasalah itu melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan pihak berkuasa berhubung pelbagai liputan berita, termasuk laporan palsu dan tidak tepat mengenai pemecatan penjawat awam, bahawa pentadbiran semasa di Putrajaya merancang untuk mengurangkan bilangan kakitangan kerajaan.

Pada 20 Februari lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, SKMM memanggil Awesome TV untuk mesyuarat berhubung enam kesalahan berkaitan penerbitan bahan berunsur fitnah.

Menurut Fahmi, Awesome TV melakukan kesalahan keenam apabila mendakwa kerajaan merancang untuk memberhentikan 800,000 penjawat awam.

Pada 6 November tahun lalu, stesen penyiaran itu dikritik selepas portal dalam talian melaporkan program Berita 7:57 Awesome TV, menyeru orang Melayu mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi menghalang kaum lain daripada berkuasa.

Sebagai tindak balas kepada kecaman pengguna media sosial yang melabelkan laporan itu berbaur perkauman, Awesome TV mempertahankan siaran itu dalam satu kenyataan, dengan menyatakan niat mereka hanyalah untuk memaklumkan pengundi Melayu bahawa kerajaan baharu mungkin tidak mengikut keutamaan dan boleh menjejaskan kebajikan mereka, jika rakyat tidak mengundi.

Kemudian, pada Mei tahun lalu, Awesome TV dikritik berhubung laporan berbaur perkauman mengenai Serba Dinamik Holdings Bhd dan Sapura Energy Bhd.

Dalam laporan Berita 7:57, Awesome TV menuduh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti (SC), Datuk Syed Zaid Zaid Jaafar Albar gagal membantu kedua-dua syarikat Bumiputera itu dalam masalah kewangan mereka dan secara salah melabelnya sebagai bukan Melayu.

Laporan Berita 7:57 mengenai Pengerusi Eksekutif SC, seperti liputan berita lain yang disebut sebelum ini, mendapat kecaman ramai, mendorong portal lain untuk mengenal pasti hubungan antara individu utama Awesome TV dan Serba Dinamik Holdings.

Menurut semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Awesome Media Network Sdn Bhd, yang mengendalikan Awesome TV, mempunyai lima pengarah iaitu Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli, Irwan Shah Abdullah (D.J. Dave), Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed, Johan Mohamed Isyak dan Datuk Adam Mohamed Ilyas.

Johan dan Mohamed Ilyas sebelum ini masing-masing adalah pengarah dan pengerusi bebas untuk Serba Dinamik Holdings sebelum meletak jawatan.

Menurut pemfailan Bursa Malaysia pada 24 November 2021, Serba Dinamik Holdings berkata, peletakan jawatan mereka didorong oleh syarat dikenakan oleh Bursa Malaysia, yang melarang Johan dan Ilyas daripada menjalankan tugas mereka dalam syarikat itu.

Johan juga berkhidmat sebagai timbalan editor pengurusan untuk Berita 7:57.

Bagi Ezzan Zalilah pula, dia merupakan isteri kepada Adam Mohamad Ilyas yang juga anak kepada bekas Pengerusi Serba Dinamik Holdings.

Sementara itu, berhubung struktur pegangan sahamnya, Awesome Media Network dimiliki oleh AP Holding Bhd, Ezzan Zalilah dan Awesome Broadcasting Sdn Bhd sebagai pemegang saham terbesar.

Bagi akaun syarikat, data menunjukkan bahawa Awesome TV berada dalam keadaan kewangan yang lemah.

Bayaran artis dalam pertikaian

Malah, pada November tahun lalu, Awesome TV dilaporkan berhutang selepas gagal menjelaskan tunggakan bayaran kepada penerbit drama.

Timbalan Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk A. Aida berkata, beberapa penerbit menunggu pembayaran mereka hampir setahun dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Beberapa artis, personaliti dan kontraktor juga mendakwa Awesome TV berhutang dengan mereka untuk kerja yang dilakukan.

Awesome TV memberi maklum balas dengan ancaman akan memfailkan saman fitnah.

Ini mendorong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk menjadi orang tengah bagi mencari jalan penyelesaian masalah berkenaan. 

Bagaimanapun ia masih belum selesai.

Menurut laporan kewangan 2021 Awesome Media Network, syarikat itu mempunyai aset semasa dan bukan semasa bernilai RM18,743,509.

Liabiliti semasa dan bukan semasa syarikat itu bernilai RM106,871,383.

Kerugian Awesome Media Network selepas cukai berjumlah RM53,063,307.

Sama seperti anak syarikatnya, Awesome Broadcasting mencatatkan kerugian selepas cukai bagi tahun 2021 berjumlah RM55,055,393. - The Vibes, 24 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 4 bulan yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SKMM Keluar Notis Terhadap 4 Penyedia Perkhidmatan Komunikasi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Peguam Datuk Ayu Puteh Memohon Membatalkan Tuntutan Balas Awesome TV Sebanyak RM142 Juta Di Mahkamah 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi