web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tiada Satu Pun Projek Rumah Belia Kerajaan Terdahulu Dilaksanakan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 May 2023 7:00PM

Kegagalan itu didakwa menjadikan anak muda sukar memiliki rumah sendiri. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang projek perumahan bagi golongan belia yang diumumkan kerajaan terdahulu menerusi inisiatif Perumahan Transit Belia (MyTransit) dan Rumah Transit Belia (RTB) berjaya dilaksanakan.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chean Chung berkata, kegagalan itu menjadikan anak muda sukar memiliki rumah sendiri.

Katanya, ia ekoran kedudukan kewangan mereka tidak kukuh dan harga rumah terlalu mahal.

“Inisiatif kerajaan terdahulu, iaitu MyTransit pada 2018 dan Rumah Transit Belia (RTB) (2021) sudah dibuktikan bahawa gagal melaksanakan sebarang projek perumahan bagi golongan belia.

“Walaupun kerajaan terdahulu sudah mengumumkan mengenai inisiatif itu, tiada sebarang projek perumahan ditujukan khusus kepada golongan belia diwujudkan.

“Kegagalan untuk melaksanakan projek perumahan dijanjikan, menyaksikan ramai anak muda ketinggalan tanpa akses kepada pilihan perumahan yang sesuai dan berpatutan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Chean Chung berkata, pihaknya tidak menafikan bahawa belia antara golongan paling terjejas teruk, akibat kadar inflasi tinggi dan tidak menentu, selain kenaikan kos sara hidup semakin meruncing.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya menegaskan, tindakan proaktif perlu dilaksanakan bagi memastikan anak muda mampu memiliki akses kepada pelbagai pilihan perumahan selamat dan berpatutan, agar kesejahteraan golongan belia terjamin.

“Kekurangan penyelesaian perumahan untuk golongan belia menyumbang satu daripada faktor ketidakstabilan dan kenaikan kos kehidupan harian bagi anak muda.

“Saya menyeru agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), sentiasa bertindak proaktif dalam menangani kebimbangan isu perumahan belia.

“Ia bagi memastikan akses mereka kepada pilihan perumahan selamat dan berpatutan agar kesejahteraan golongan berkenaan terjamin,” katanya.

Sementara itu, Chean Chung berkata, terdapat keperluan untuk KPKT memperluaskan skim Rumah Belia MADANI agar bantuan berkenaan dapat dimanfaatkan belia di seluruh negara.

“Saya juga mengambil maklum bahawa pada 24 Februari lalu, KPKT memeterai Perjanjian Pembangunan Rumah Transit Belia (Rumah Belia MADANI) bersama syarikat BMG Global Sdn Bhd, bagi penyediaan 1,048 unit Rumah Belia MADANI (RBM) di Kuala Lumpur.

“Justeru, saya mencadangkan agar KPKT mempercepatkan pelaksanaan ini serta memperluas skim Rumah Belia MADANI bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi juga di negeri dan kawasan lain, bagi membolehkan lebih banyak golongan belia dapat memanfaatkan bantuan kerajaan seperti ini,” katanya. - Getaran, 25 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Inapan Rahmah @IYCResidence Tawar Sewa RM10 Sehari Kepada Belia, Pencari Kerja

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Fadillah Saran Belia Dalam Sektor Perladangan Lakukan Penyelidikan

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Harga Tiket Konsert Mahal, Faizal Tahir Minta Maaf Kepada Peminat

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Belia Dizalimi Dunia, Malaysia Harus Laksana 5 Perkara Demi Kelestarian Generasi Muda

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki