web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


LCS: MOF Tubuh SPV, Ambil Alih BNS Sebagai Anak Syarikat - Mohamad

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 8:00PM

Bagaimanapun, pelaksanaan projek LCS tetap akan dipantau melalui Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Kementerian Kewangan (MOF) telah menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) sebagai anak syarikat kepada MOF. 

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bagaimanapun, pelaksanaan projek LCS tetap akan dipantau melalui Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF).

“Di samping itu, laporan berkala kepada Jemaah Menteri akan disediakan sepertimana syarat-syarat disediakan Ketua Audit Negara dan pelaporan berkala kepada Parlimen melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali supaya kemajuan projek ini dapat dipantau bersama oleh semua pihak.

“Ini perlu untuk kita memastikan supaya hasrat kita untuk meneruskan pembinaan LCS ini dapat dicapai dan berjaya sepertimana yang dikehendaki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Tentera Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kontrak Tambahan Keenam antara MINDEF dan BNS hari ini.

Sebelum ini, pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila PAC mendedahkan tiada seunitpun telah disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6.083 bilion kepada BNS.

Mohamad juga berkata PAC dialu-alukan untuk memantau kemajuan projek pembinaan kapal berkenaan.

“PAC akan menerima laporan berdasarkan jadual kita, kalau mereka tidak puas hati, mereka boleh tengok dan buat laporan ke Parlimen,” katanya. 

Sebelum ini, PAC bercadang mengadakan prosiding baharu berhubung kemajuan pembinaan berkenaan dan prosiding itu akan dimulakan sebaik sahaja pelantikan Ahli-Ahli PAC diluluskan pada Mesyuarat Kedua Sidang Dewan Rakyat yang bermula 22 Mei lepas.

Beliau berkata kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan projek Perolehan Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) Berkeupayaan LCS bagi TLDM.

Mohamad berkata selaras dengan perkembangan itu, MINDEF, TLDM dan BNS akan bersama-sama memberikan tumpuan sepenuhnya bagi memastikan projek LCS berjaya disempurnakan.

“Perolehan ini adalah penting dalam meningkatkan keupayaan armada selaras dengan Pelan Transformasi 15 to 5 TLDM bagi memelihara kedaulatan perairan negara,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Bagi Pastikan Syarikat Minyak Bersedia – MOF

2

Semasa 3 bulan yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

4

Semasa 4 bulan yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global