web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Inflasi Turun, Kenapa BNM Masih Naikkan OPR? - Guan Eng

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 May 2023 9:42AM

Lim Guan Eng berkata langkah bank pusat tersebut menaikkan OPR secara tiba-tiba sememangnya bukan satu tindakan yang dianggap wajar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar faedah semalaman walaupun inflasi terus menurun menimbulkan persoalan.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, pengumuman mengenai penurunan kadar inflasi kepada 3.3 peratus pada April telah dibuat Jumaat lalu.

Menurut beliau, kadar inflasi dicatatkan pada 3.4  peratus untuk Mac sedangkan inflasi teras menurun kepada 3.6 peratus berbanding 3.8 peratus bagi tempoh sama.

“Ini satu berita yang baik dan kita nak tanya sedangkan kadar inflasi dah turun, kenapa BNM naikkan kadar faedah tetapi tidak naikkannya bila kadar inflasi lebih tinggi?

“Sungguh pun dari Januari hingga April 2023, BNM tidak menaikkan kadar faedah, namun inflasi tetap turun atas usaha kerajaan perpaduan di Putrajaya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Ahli Parlimen Bagan itu, langkah bank pusat tersebut menaikkan OPR secara tiba-tiba sememangnya bukan satu tindakan yang dianggap wajar.

“Biasanya kadar faedah naik untuk kawal inflasi, tetapi kita lihat inflasi dah turun sungguhpun BNM tidak naik kadar faedah. 

“Kita nak tanya mengapa pula sekarang perlu naikkan kadar faedah. Ini hanya akan tambah kos dan bebankan kewangan peminjam, tak kira individu atau peniaga,” katanya.

Mantan Menteri Kewangan itu berkata, kenaikan kadar faedah berkenaan akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi secara langsung, selain turut menyukarkan usaha mengulangi pertumbuhan ekonomi suku pertama sebanyak 5. 5.6 peratus pada suku tahun kedua. 

“Kadar faedah tidak dijangka naik bukan hanya pendapat saya, tetapi juga pandangan pakar ekonomi. 

“Bloomberg telah menemuramah 19 pakar ekonomi, 16 darinya menjangka kadar faedah kekal, sedangkan hanya 3 orang kata ia naik. Reuters pula tanya 25 pakar ekonomi, dan dapatannya 21 jangka ia kekal sedangkan 4 sahaja jangka ia naik. Maka jelas, 80% daripada pakar ekonomi rasa kadar faedah tak akan naik,” katanya.

Tegas beliau, perkara itu telah dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beliau tahu pandangan kami dan akan memerhati angka-angka ekonomi dan ambil tindakan seterusnya. Kami sememangnya bimbang kadar OPR tinggi akan bawa kesusahan kepada rakyat. 

“Seperti yang disebut sebelum ini hanya sektor perbankan akan untung. Kenaikan faedah sebanyak 0.25% baru-baru ini akan tambahkan keuntungan bersih sektor perbankan tahun ini sebanyak lebih RM1 bilion,” katanya.

Jabatan Perangkaan Malaysia pada Jumaat lalu mengumumkan, keadaan inflasi Malaysia semakin baik apabila berada pada kadar 3.3 peratus pada April 2023 berbanding 3.4 peratus pada Mac.

Menurut jabatan berkenaan, inflasi di Malaysia kekal didorong Restoran dan Hotel (6.6 peratus) dan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (6.3 peratus). 

Pada 3 Mei lalu, BNM mengumumkan kenaikan OPR kepada 3.00 peratus yang menyaksikan peningkatan 0.25 peratus, berbanding kadar sebelumnya, iaitu 2.75 peratus.

Menerusi kenyataan, BNM memaklumkan, keputusan kenaikan itu dibuat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).

Mesyuarat tersebut turut membuat keputusan menaikkan kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR, masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Institusi kewangan itu sebelum ini menaikkan OPR empat kali berturut-turut sepanjang tahun lalu, iaitu pada Mei, Julai, September dan November. - Getaran, 28 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 10 bulan yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Bank Negara Malaysia Kekalkan Opr Pada Kadar 3 Peratus

3

Politik 1 tahun yang lalu

Rakyat Perlu Bersatu, Tolak Eksploitasi Perkauman, Ekstremisme - Guan Eng

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Hadi Awang, Guan Eng Diserah Ke AGC Semalam - KPN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka