web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ops Mega Bersepadu KKM Rekod Kompaun RM110,050

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 May 2023 10:14AM

Operasi Mega Bersepadu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) semalam menghasilkan kompaun dengan nilai anggaran RM 110,050 - Gambar ihsan JKNS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi Mega Bersepadu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) semalam menghasilkan kompaun dengan nilai anggaran RM 110,050.

Jurucakap KKM berkata, operasi sama turut menyaksikan sejumlah 441 notis kesalahan dikeluarkan di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983, setakat jam 3.30 petang.

Jurucakap KKM berkata, kesemua notis berkenaan melibatkan kesalahan berkaitan vape dan hasil tembakau.

Menurut beliau, operasi berkenaan yang melibatkan 144 anggota terdiri daripada penguatkuasa di bawah JKNS, Sektor Inspektorat dan Perundangan, Bahagian Kawalan Penyakit KKM, PDRM serta Polis Bantuan AVSEC itu bermula pada jam 10 pagi semalam. 

“Sebanyak 288 (65.3%) Notis telah dikeluarkan kepada warga tempatan, manakala  153 (34.7%) Notis lagi dikeluarkan untuk warga asing. 

“Jumlah Nilai Tawaran Kompaun dianggarkan sebanyak RM 110,050,” katanya.

Jelas jurucakap itu, operasi terbabit menyasarkan tempat larangan seperti lapangan terbang, hentian pengangkutan awam, premis makan, kompleks membeli belah dan stesen minyak.

“Ini adalah operasi keempat dijalankan selepas operasi di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak selain operasi-operasi rutin yang dijalankan secara berkala oleh KKM. 

“Operasi ini bukan sahaja menyasarkan tempat makan tetapi juga kawasan larangan merokok lain seperti lapangan terbang, hentian pengangkutan awam dan kompleks membeli-belah,” katanya.

Jurucakap itu memberitahu, kesemua kawasan terbabit kerap merekodkan kesalahan melibatkan pelanggaran Peraturan larangan merokok.

“KKM ingin menegaskan bahawa larangan merokok bukan bertujuan untuk menghukum golongan perokok tetapi ia dilaksanakan bagi mengelakkan komplikasi akibat tabiat merokok kepada golongan perokok serta golongan perokok pasif iaitu mereka yang berada di sekeliling. 

“Selain itu, kami juga berharap dapat membentangkan Rang Undang Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 ini dalam Sidang Parlimen yang terdekat dan mendapat sokongan semua,” katanya. - Getaran, 28 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Peniaga Degil Jual Vape Di Johor Berdepan Tindakan Tegas - Exco

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang