web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Beg Plastik Setiap Sabtu Di Ipoh Bermula 1 Jun 2023

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 12:17PM

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melaksanakan Kempen Tanpa Beg Plastik dan mengenakan caj penggunaan 20 sen pada Sabtu setiap minggu bermula 1 Jun ini - Gambar Hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melaksanakan Kempen Tanpa Beg Plastik dan mengenakan caj penggunaan 20 sen pada Sabtu setiap minggu bermula 1 Jun ini.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata keputusan pelaksanaan kempen itu bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna dalam kalangan warga Ipoh khasnya dan masyarakat Perak amnya demi menjamin kelestarian alam sekitar.

"Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran MBI telah menganjurkan sesi libat urus bersama peniaga pada 18 Mei lepas melibatkan 120 peniaga dan daripada jumlah itu, 22 (18 peratus) premis perniagaan telah mendaftar sebagai Premis Bebas Beg Plastik. 

"Premis yang terlibat merangkumi pasar raya besar, pasar raya dan kedai serbaneka, restoran makanan segera, kedai rangkaian serta farmasi. Sebanyak 1,378 premis terlibat dalam program ini dan kutipan caj beg plastik ini akan dilaksanakan melalui pengeluaran syarat-syarat tambahan dalam lesen atau permit perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Rumaizi berkata kempen itu juga bagi menyokong usaha kerajaan Persekutuan melalui satu dasar seragam Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030 yang dilancarkan pada 17 Oktober 2018.

"Premis yang membekalkan dan mengenakan caj 20 sen kepada pengguna akan menerima Sijil Penyertaan Premis Hari Tanpa Beg Plastik Percuma, manakala premis yang tidak bekalkan beg plastik pula akan menerima Sijil Premis Bebas Beg Plastik. 

"Kesemua peserta yang menerima sijil perlu mempamerkannya di premis perniagaan masing-masing untuk memastikan kempen ini berjalan dengan jayanya," katanya. 

Beliau berkata kutipan caj 20 sen yang dikenakan akan diserahkan kepada MBI untuk digunakan bagi melaksanakan program-program kelestarian alam sekitar, pameran taklimat kepada pelajar sekolah dan masyarakat selain kempen kitar semula. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kes Denggi Di Ipoh Naik 265 Peratus, Musim Hujan Berterusan Antara Faktor

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global