web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sering Gagal Bahagi Masa, Dr Malar Sayu Tinggalkan Anak Sakit Untuk Hadiri Majlis 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 9:21AM

Dr Malar Santhi Santherasegapan sedih kerana terpaksa meninggalkan anaknya yang sedang sakit di hospital untuk menghadiri satu majlis penting. - Gambar dari Instagram @celotehdrmalar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Doktor dan pempengaruh, Dr Malar Santhi Santherasegapan mengakui beliau sering gagal membahagikan masa dan tenaga antara karier serta keluarga.

Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Malar meluahkan rasa sedih apabila terpaksa meninggalkan anaknya yang sedang sakit di hospital untuk menghadiri satu majlis penting.

Menurutnya, beliau sewaktu ditemuramah seringkali ditanya bagaimana membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga, sehingga berjaya dinobatkan sebagai penerima anugerah Nona Health Influencer baru-baru ini.

“Setiap kali soalan ni ditanya, saya tak reti (tahu) cemana (macam mana) nak jawab. Sebab hakikatnya, saya tak pernah berjaya bahagikan atau balancekan kerjaya dan keluarga. 

“Contohnya semalam saya dijemput oleh Perbadananan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk majlis kemuncak National Training Week atas kapasiti seorang influencer dan HRDF Certified Trainer. Bunyinya macam Dr Malar ni hebat sangat kan,” katanya.

Dr Malar Santhi Santherasegapan
Dr Malar Santhi Santherasegapan

Hakikatnya jelas Dr Malar, waktu yang sama menyaksikan anak bongsunya, Yushan Avighna, 6, dirawat di hospital dengan ditemani suaminya. 

“Avigh dah 4 hari demam, dan Jumaat malam Sabtu tu, memang suhu dia tinggi tak turun turun. Nafas pun sedikit laju, tapi bukan tahap kecemasan.

“So pagi-pagi saya dah bincang dengan Hubby (suami) yang saya tak boleh skip event ni, lagipun dah keluar poster dengan nama dan gambar saya. Hubby tenangkan saya sambil berkata, "Its okay, you pergi attend event tu.Kita both parents, so tanggungiawab ni semua kita share, bukannya Papa tolong buat kerja Mommy,” katanya, sedih.

Dr Malar memberitahu, beliau sebagai seorang ibu tetap diruntun sayu dan dihantui rasa bersalah walaupun menyedari anaknya selamat di bawah jagaan pakar kanak-kanak.

“Yes, ketika saya berada di majlis gilang gemilang, dikerumuni followers untuk bergambar, anak saya sakit di hospital, dan sedang menerima rawatan.

“Im a terible Mom!! Adakah saya berjaya membahagikan masa dan tenaga di antara karier dan keluarga? TIDAK! Tiada seorang pun ibu mampu berbuat demikian, termasuk saya,” katanya.

Sebagai seorang ibu, Dr Malar berkata, beliau tidak terkecuali daripada terkejar-kejar untuk membahagikan masa antara keluarga, kerjaya, rutin harian, penjagaan ibu bapa dan pelbagai perkara yang menuntut perhatian.

“Jadi, kalau anda seorang ibu yang rasa bersalah kerana lebihkan masa untuk kareer sehingga terkurang masa dengan keluarga, kita sama!! 

“Kita semua ibu yang terkejar kejar di antara keluarga, kerjaya, rutin harian, kesihatan diri, jaga parents dan macam-macam lagi dalam hidup ini yang memang tiada siapa boleh BALANCE kan, namun kita semua buat sekadar yang kita mampu, dan sebanyak yang kita mampu,” katanya.

Setakat jam 9 pagi ini, hantaran tersebut sudah menerima 4,015 tanda suka dan 195 komen

Majoriti pengikut Dr Malar dilihat menzahirkan tanda sokongan, malah tidak kurang yang berkongsi pengalaman masing-masing.

Seorang ibu yang menggunakan akaun @faizah_rizal berkata, beliau dihambat rasa bersalah dan menangis teresak-esak di pejabat apabila mendapat tahu, anaknya yang disangkakan demam panas rupanya mengalami apendiks dan perlu menjalani pembedahan segera.

“Saya rasa cukup bersalah sebab ingatkan anak saya demam biasa, rupa-rupanya anak saya menahan sakit sebab apendiks. Oh Tuhan, rasa kesal yang amat-amat sangat,” katanya. - Getaran, 28 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini