web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Media Wira Tidak Didendang, Miliki Peranan Besar Sebarkan Maklumat Sahih

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 May 2023 11:12AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengamal media yang beretika adalah barisan wira tidak didendang dan turut menyumbang kepada pembangunan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, media perlu terus berkarya dan menyajikan informasi berkualiti. 

“Amalkan etika kewartawanan dalam persekitaran dunia tanpa sempadan ini. 

“Kepada semua rakan wartawan yang sering menjadi wira tidak didendang, terima kasih atas segala sumbangan ke arah pembangunan negara dan masyarakat Madani,” katanya menerusi satu video ringkas yang dimuat naik di Facebook.

Ahmad Zahid menyatakan demikian sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang disambut hari ini.

Wee Ka Siong - Gambar fail
Wee Ka Siong - Gambar fail

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata, pengamal media yang beretika akan sentiasa membantu dan bertungkus lumus membanteras penyebaran berita palsu.

“Laporan berita yang positif dan sarat dengan kritikan membina juga menjadikan wartawan sebagai pihak yang penting serta diperlukan bagi sebuah negara seperti Malaysia.

“Selamat Hari Wartawan Nasional, terima kasih atas peranan yang dimainkan demi manfaat masyarakat dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Wan Rosdy Wan Ismail - Gambar fail
Wan Rosdy Wan Ismail - Gambar fail

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pula berkata, pengamal media memiliki peranan dan tugas yang cukup besar, iaitu menyebarkan maklumat sahih dan benar kepada masyarakat.

Jelasnya, media juga perlu bersaing dengan persepsi negatif yang sengaja ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya berharap semoga pengamal media terus berpegang kepada prinsip dan etika kewartawanan yang diamalkan sejak dari dahulu lagi.

“Teruskan tugas demi membina sebuah negara yang bersatu padu, bertoleransi, harmoni serta saling hormat menghormati antara semua masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya. 

Anwar berucap ketika merasmikan Kemuncak sambutan HAWANA 2023 di Ipoh, Perak semalam. - Gambar oleh Azim Rahman
Anwar berucap ketika merasmikan Kemuncak sambutan HAWANA 2023 di Ipoh, Perak semalam. - Gambar oleh Azim Rahman

Kemuncak sambutan HAWANA 2023 dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ipoh, Perak semalam.

Ribuan pengamal media mewakili pelbagai organisasi dan platform sebelum itu terlebih dahulu diraikan dalam pelbagai acara, termasuk majlis santapan malam Diraja di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan.

HAWANA 2023 yang bertemakan  ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ disambut selama tiga hari bermula Sabtu lalu. 

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Ia diwujudkan khas bagi meraikan sumbangan media dalam membentuk minda masyarakat bermaklumat, dan memupuk kerjasama serta memacu perubahan positif industri. - Getaran, 29 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi