web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Biarkan Media Sosial Disalah Guna - Kit Siang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 May 2023 11:19AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia tidak boleh membiarkan media sosial disalah guna bagi menyebarkan penipuan, fitnah dan berita palsu.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ia termasuk penggunaan bentuk baharu seperti cubaan menulis semula sejarah, menerusi penafian ke atas peristiwa yang benar-benar berlaku.

 Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

Menurut beliau, semua perkara itu jelas berlaku apabila ada pihak berusaha menafikan kewujudan konspirasi politik dikenali sebagai Langkah Sheraton yang berlaku pada Februari 2020.

“Ada juga cubaan menyalahkan DAP untuk kejatuhan (Tun Dr) Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Satu cubaan telah dibuat oleh Timbalan Presiden BERSATU (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) untuk menggunakan penipuan, fitnah, dan berita palsu bagi menulis semula sejarah, yang telah dikatakan oleh penulis Kee Thuan Chye di laman Facebooknya sebagai satu ‘perkara paling tidak masuk akal dan tidak jujur’ yang pernah didengarnya,” katanya.

 Dr Mahathir Mohammad
Dr Mahathir Mohammad

Jelas Kit Siang, konspirasi politik Langkah Sheraton berasaskan kepada penipuan, fitnah, dan berita palsu, yang merangkumi tuduhan liar dan tidak masuk akal, kononnya Perdana Menteri adalah ‘alat ‘ DAP manakala kerajaan Dr Mahathir pula ‘didominasi (oleh) DAP’.

“Dr Mahathir direkodkan sebagai mengatakan yang “Semua kata-kata mengenai DAP mengawal saya atau DAP sedang cuba mengambil alih negara tidak masuk akal” dan dia mengatakan yang tidak pernah merasakan apa-apa tekanan dari DAP semasa menjadi Perdana Menteri.

“Saya menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH pada malam 21 Februari 2020. Dr Mahathir diberitahu oleh (Tan Sri) Muhyiddin Yassin dan pemimpin BERSATU yang lain sebelum mesyuarat tersebut yang dia akan diminta untuk meletakkan jawatan menjelang Mei 2020 dan Mahathir akan diminta untuk melantik (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang mana sekiranya dia gagal berbuat demikian, dia akan dipaksa untuk memberikan tarikh bila dia akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar,” katanya.

Tegas mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, perkara tersebut sebaliknya tidak terjadi semasa mesyuarat berkenaan diadakan.

“Tidak ada tekanan terhadap Dr Mahathir untuk meletakkan jawatan pada bila-bila masa, dan dia ada kuasa penuh untuk memutuskan bila untuk bersara, walaupun dia telah menunjukkan niat untuk meletakkan jawatan selepas persidangan APEC yang bakal berlangsung pada penghujung tahun tersebut.

“Saya meninggalkan mesyuarat ini memikirkan yang Malaysia telah berjaya melalui satu lagi ujian politik yang kritikal dan saya kemudiannya terkejut apabila konspirasi politik Langkah Sheraton terjadi pada hari Ahad dan Dr Mahathir kemudiannya dijatuhkan sebagai Perdana Menteri PH,” katanya.

Tegas Kit Siang, konspirasi politik Langkah Sheraton dibina berasaskan penipuan, fitnah, dan berita palsu yang kononnya Dr Mahathir adalah ‘alat’ DAP dan kerajaannya didominasi parti tersebut.

Konspirasi berkenaan katanya, telah melahirkan dua kerajaan yang tidak sah  iaitu kerajaan Muhyiddin dan kerajaan (Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob).

“Kita tidak boleh biarkan kaki pusing dan penipu dari BERSATU untuk menulis semula sejarah dengan menafikan wujudnya konspirasi politik Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020 sebagai cubaan untuk mereka membersihkan nama Muhyiddin Yassin dan (Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali dari dosa mereka yang menuduh DAP sebagai merancang untuk menumbangkan Dr Mahathir dari menjadi Perdana Menteri kerajaan PH,” katanya. - Getaran, 29 Mei 2023


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global