web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Gangguan Seksual Dipandang Serius, Langgar Hak Asasi Manusia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 8:16PM

Ahmad Zahid ketika merasmikan Jerayawara Program AAGS di Putrajaya di sini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan amat memandang serius sebarang isu melibatkan gangguan seksual, yang jelas merupakan satu pelanggaran kepada hak asasi manusia. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] membuktikan komitmen dan manifestasi penting kerajaan dalam membanteras gejala berkenaan.

Menurut beliau, kerajaan dalam menangani gangguan seksual telah mengambil pelbagai langkah, termasuk menambah baik infrastruktur bangunan seperti pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV).

“Turut dilakukan ialah mewujudkan jawatankuasa khas di tempat kerja, menambah baik kod amalan dan kod etika di tempat kerja serta melaksanakan kursus pencegahan gangguan seksual,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sewaktu berucap merasmikan Jerayawara Program AAGS di Putrajaya di sini.

Jelas Zahid, semua perincian tersebut terkandung dalam Garis Panduan Pelaksanaan Program Advokasi Antigangguan Seksual (AAGS).

“Garis panduan AAGS dibarisi dua pelan tindakan terdiri daripada program advokasi bagi pencegahan gangguan seksual dan advokasi bagi meningkatkan kesedaran orang ramai.

“Turut disertakan ialah cadangan serta langkah yang kritikal untuk meningkatkan pencegahan bagi kes gangguan seksual di pejabat, pengangkutan awam, fasiliti pendidikan serta pusat jagaan kanak-kanak,” katanya.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, pelaksanaan program advokasi antigangguan seksual oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tersebut diharap menerima penglibatan menyeluruh pelbagai pihak, khususnya sektor awam dan swasta, selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Usaha menjayakan program advokasi antigangguan seksual ini amat penting ke arah mewujudkan ekosistem dan persekitaran yang selamat serta kondusif,” katanya.

Beliau menarik perhatian, garis panduan yang dibangunkan KPWKM itu boleh dilayari menerusi pautan 

https://www.jpw.gov.my/images/jpw/pdf/250523_GARIS_PANDUAN_PELAKSANAAN_PROGRAM_ADVOKASI_ANTIGANGGUAN_SEKSUAL.pdf.

Akta 840 diluluskan di Dewan Rakyat pada 20 Julai tahun lalu, sebelum diluluskan di peringkat Dewan Negara pada 11 Ogos tahun yang sama.

Penguatkuasaannya dilaksanakan secara berperingkat mulai 28 Mac lalu. - Getaran, 29 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

3

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

4

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global