web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kebajikan Anggota Tentera Terus Dipelihara, Salur Peruntukan Baik Pulih Kediaman Daif - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 May 2023 7:00AM

Anwar ketika menerima kunjungan Mohammad Ab Rahman di pejabatnya semalam. - Gambar ihsan Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus menjaga kebajikan anggota tentera, termasuk menyalurkan peruntukan untuk kos membaik pulih kediaman dan kuarters yang daif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebajikan anggota keselamatan negara sentiasa menjadi keutamaan, termasuk memastikan akses terhadap pendidikan yang berkualiti di kalangan anak-anak anggota tentera.

“Menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman di pejabat saya hari ini (semalam).

“Saya nyatakan komitmen Kerajaan Perpaduan berkaitan kebajikan anggota ATM (Angkatan Tentera Malaysia) selain menyalurkan peruntukan untuk kos membaik pulih kediaman dan kuarters, khasnya yang daif,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Gambar ihsan Facebook Anawar Ibrahim
Gambar ihsan Facebook Anawar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, beliau sewaktu menghadiri Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ‘23) membangkitkan kebimbangan berhubung kesiapsiagaan aset pertahanan negara.

“Aset pertahanan negara disifatkan agak ketinggalan ketimbang perkembangan aset pertahanan negara jiran lain.

“Moga ketumbukan badan pertahanan negara terus utuh dalam memastikan keselamatan rakyat berada di tahap yang terbaik,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen memberi reaksi positif atas pertemuan berkenaan, dan menyifatkan ia sebagai satu peluang keemasam untuk menambah baik pasukan keselamatan negara.

Seorang pengguna yang menggunakan akaun Md Zik berkata, aset ATM jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara jiran.

“Aset ATM ketinggalan 20 tahun berbanding negara jiran. Aspek pertahanan negara perlu jitu, maka kesannya ekonomi negara akan maju! Kita boleh belajar dari Turkiye. Dari dulu pengimport sekarang menjadi one of leading player in Defence Industry! Menanti kunjungan Presiden Erdorgan,” katanya.

Abie Alang pula berkata, aset pertahanan negara harus ditambah baik pada kadar segera.

“Terbaik DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Pertahanan negara harus upgrade dan selaras dengan aset pertahanan negara-negara lain,” katanya. - Getaran, 30 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'