web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kehebatan Erdogan Mampu Kukuhkan Perpaduan Rakyat Turkiye - Zambry

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 9:32AM

Recep Tayyip Erdogan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengetahuan luas dan kehebatan kepemimpinan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan diyakini mampu mengukuhkan lagi perpaduan rakyat negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kejayaan Erdogan akan membentuk Turkiye menjadi sebuah negara yang berkuasa dan dihormati.

“Kementerian Luar Negeri Malaysia berharap dapat meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi selepas hubungan dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Julai 2022," katanya hari ini.

Beliau menyatakan demikian dalam perutusan tahniah kepada Erdogan, selepas dipilih buat kali kedua sebagai Presiden Turkiye untuk tempoh lima tahun lagi.

Erdogan dipilih sebagai Presiden pada pilihan raya penentu Ahad lalu, selepas berhasil menewaskan pencabarnya, Kemal Kilicdaroglu. 

Beliau memperoleh 52.14 peratus, manakala pencabarnya mendapat 47.86 peratus undian.

Kejayaan Erdogan turut diraikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi ciapan ringkas di Twitter semalam, Perdana Menteri menzahirkan ucapan tahniah atas kemenangan diraih rakan karibnya itu.

“Tahniah kepada Presiden Erdogan kerana dipilih sebagai Presiden Turkiye ke-13 pada Pilihan Raya Presiden.

“Turkiye akan terus memainkan peranan membina sebagai pemain penting di peringkat serantau dan global “ katanya.

Anwar memberitahu, Malaysia sentiasa komited untuk menjalinkan kerjasama rapat bersama Turkiye.

“Malaysia teruja untuk terus bekerja dengan lebih rapat bersama Turkiye, sekali gus mengukuhkan lagi hubungan bilateral yang sedia terjalin,” katanya.

Hubungan akrab Perdana Menteri bersama Erdogan bukan satu rahsia, malah tokoh terkemuka Turkiye itu adalah antara pemimpin dunia terawal yang menghubungi Anwar bagi mengucapkan tahniah, sejurus selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Malaysia juga antara negara yang tidak ketinggalan menghantar delegasi bagi menggerakkan misi kemanusiaan di Turkiye, ketika negara tersebut dilanda bencana gempa bumi Februari tahun ini. - Getaran, 30 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia - Turkiye Setuju Tingkat Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Komuniti Dunia Perlu Desak Penghapusan Penduduk Gaza Dihentikan - Anwar

3

Pendidikan 9 bulan yang lalu

Mahasiswa, Tenaga Pengajar, Pentadbir Fokus Zambry Pacu Pendidikan Tinggi

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Malaysia - Turkiye Sedia Kerjasama Noktahkan Penindasan Palestin - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'