web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suspek Rompak Farmasi Guna Sabit Diburu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 11:25AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit melakukan samun bersenjata ke atas sebuah farmasi di Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada seorang wanita Melayu pada jam 3.27 petang 25 Mei lalu.

Menurut beliau, rompakan berkenaan berlaku pada jam 2.30 petang di Farmasi Imedikel dekat Jalan Telipot.

“Suspek telah datang bersendirian dengan mengenakan penutup muka dan topi keledar berwarna biru.

“Dia yang bersenjatakan sebilah sabit menarik peti duit di kaunter dan memotong kabel peti, selepas mengarahkan pekerja kaunter mengeluarkan wang dikehendaki,” katanya hari ini

Mohd Rosdi berkata, tiada pelanggan lain berada di dalam farmasi sewaktu kejadian.

Jelasnya, video kejadian itu tular di Twitter selepas dimuat naik seorang pengguna menerusi akaun @nan manjoi8715.

“Video berdurasi 32 saat itu yang memaparkan kejadian rompakan berkenaan dikesan pihak polis pada jam 4.30 petang semalam,” katanya.

Mohd Rosdi memberitahu, siasatan awal polis mendapati suspek ialah seorang lelaki Melayu berdasarkan loghat digunakan.

“Suspek juga mengenakan t-shirt berwarna merah, berjaket biru dan menunggang motosikal jenis Honda Dash berwarna oren.

“Suspek dianggarkan memilik ketinggian sekitar 170cm, berkulit gelap dan berbadan kurus,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramal yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek agar  tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Mohd Fadil Shamsur Bahar di talian 012-344755 atau 09-7752200.

“Mereka juga boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebat. 

Bagi kesalahan Seksyen 397 Kanun Keseksaan pula, sebatan adalah wajib,” tegasnya. - Getaran, 30 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka