web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Naikkan OPR Ganggu Sentimen Perniagaan, BNM Buat Keputusan Salah?  

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 2:28PM

Bank Negara Malaysia - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk menaikkan kadar faedah semalaman (OPR) yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM) menyebabkan orang ramai terpaksa membayar pinjaman masing-masing dengan jumlah lebih tinggi, sekali gus mengganggu sentimen perniagaan.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, kadar pertumbuhan ekonomi negara pada suku tahun kedua jika lebih rendah akan membuktikan bahawa keputusan BNM untuk menaikkan OPR sebanyak 0.25 peratus bulan ini adalah salah.

Menurut beliau, Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus malangnya terus mempertahankan keputusan tersebut.

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

“Beliau percaya keputusan untuk menaikkan kadar faedah bukanlah pramatang, tapi adalah keperluan untuk mencapai normalisasi kadar dasar dan mengurangkan inflasi.

“Tetapi pada hakikatnya, apabila negara kita tidak menaikkan kadar faedah dari Januari hingga Mac tahun ini, kadar inflasi telah menurun secara beransur-ansur dan mencecah 3.3 peratus pada April, jadi mengapa kita menaikkan kadar faedah pula pada bulan Mei? Kadar inflasi sudah turun dari Januari hingga April tanpa kenaikan kadar faedah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mantan Menteri Kewangan itu berkata, Nor Shamsiah mendakwa normalisasi kadar faedah di Malaysia dipersetujui ramai pakar ekonomi.

Nor Shamsiah Mohd Yunus
Nor Shamsiah Mohd Yunus

Hakikatnya jelas Guan Eng, 37 daripada 44 ahli ekonomi yang diwawancara oleh Bloomberg dan Reuters menjangkakan kadar faedah berkenaan akan berkekalan, manakala hanya tujuh daripada mereka meramalkan ia akan mengalami kenaikan.

“Ini bermaksud 80 peratus pakar ekonomi tersebut tidak menjangka faedah akan naik.

“Dari sudut pandangan ekonomi, kita perlu normalisasi kadar faedah, tetapi kita juga harus mencari titik keseimbangan, tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah, atau terlalu mengejut. Dasar normalisasi kadar faedah hanya dilaksanakan sebaik kita pasti ekonomi telah pulih sepenuhnya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, angka-angka seperti jumlah perdagangan merosot sebanyak 14.5 peratus untuk April berbanding tahun lepas dan unjuran Purchasing Managers Index (PMI) pula tidak memberangsangkan untuk suku kedua tahun ini.

“Sekiranya pertumbuhan ekonomi untuk suku kedua terjejas dan tidak dapat mengulangi prestasi 5.6 peratus untuk suku tahun kedua, rakyat terpaksa menanggung kesan kenaikan kadar faedah yang tidak diperlukan,” katanya.

Jabatan Perangkaan Malaysia pada 26 Mei lalu mengumumkan, keadaan inflasi Malaysia semakin baik apabila berada pada kadar 3.3 peratus pada April 2023 berbanding 3.4 peratus pada Mac.

Menurut jabatan berkenaan, inflasi di Malaysia kekal didorong Restoran dan Hotel (6.6 peratus) dan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (6.3 peratus). 

Pada 3 Mei lalu, BNM mengumumkan kenaikan OPR kepada 3.00 peratus yang menyaksikan peningkatan 0.25 peratus, berbanding kadar sebelumnya, iaitu 2.75 peratus.

Menerusi kenyataan, BNM memaklumkan, keputusan kenaikan itu dibuat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).

Mesyuarat tersebut turut membuat keputusan menaikkan kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR, masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Institusi kewangan itu sebelum ini menaikkan OPR empat kali berturut-turut sepanjang tahun lalu, iaitu pada Mei, Julai, September dan November. – Getaran, 30 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka