web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skim Bekalan Air Rasau Mampu Salurkan Tambahan 1,400 Juta JLH Sehari - Amirudin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 8:25PM

Amirudin (tengah) bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Majlis Pecah Tanah Skim Bekalan Air Rasau di Kampung Seri Cheeding, Banting, hari ini. - Gambar dari Facebook Amirudin Shari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Projek Skim Bekalan Air Rasau mampu menyalurkan tambahan sebanyak 1,400 juta liter air (JLH) sehari secara berperingkat sebaik ia selesai sepenuhnya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah berkenaan meliputi 700 juta JLH untuk Fasa 1 yang dijangka siap pada 225 dan baki 700 juta JLH lagi apabila kerja Fasa 2 selesai dilaksanakan menjelang 2030. 

Menurut beliau, projek susulan daripada Skim Jaminan Air Mentah yang dilancarkan pada 18 Mei lalu untuk meningkatkan keterjaminan bekalan air itu adalah antara pembangunan di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan diluluskan sebulat suara dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 2 Ogos 2022.

“Loji Rawatan Air Sungai Rasau ini dilengkapi dengan proses pengozonan bagi menjamin mutu kualiti air sentiasa mematuhi piawaian ditetapkan oleh Kementerian Keshatan (KKM).

“Kerajaan Negeri melalui Air Selangor telah memperuntukkan RM3.42 bilion bagi membangunkan Loji Rawatan Air Sungai Rasau dan Sistem Agihan Fasa 1,” katanya selepas merasmikan Mailis Pecah Tanah Skim Bekalan Air Rasau yang di Kampung Seri Cheeding, Banting, Selangor. 

Amirudin berkata, Fasa 2 melibatkan kos sebanyak RM2.12 bilion dan anggaran itu merangkumi pembinaan, perundingan, peneliaan serta pengambilan balik tanah.

“Pada masa yang sama, kerajaan Persekutuan membiayai peruntukan sebanyak RM1.18 bilion menerusi geran Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim bagi pembinaan kolam Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) yang mempunyai dwi-fungsi sebagai sumber bekalan air serta penebatan banjir, “ katanya.

Beliau menarik perhatian, beberapa kolam juga telah dikenalpasti untuk menjalankan fungsi sebagai Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dwi-fungsi pertama di negara ini dengan keupayaan pembekalan air yang dapat menangani kemarau serta menyimpan air bagi tujuan penebatan banjir.

“Selain itu, Skim Bekalan Air Rasau akan member nafas baharu kepada Sungai Klang dengan mengekstrak air ke Loji Rawatan Air dan dijangka dapat menyumbang 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran air pada tahun 2030. 

“Ini adalah peningkatan sebanyak 13 peratus iaitu pada kadar kini sebanyak tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan sumber air negeri,” katanya. 

Memahami kepentingan air kepada rakyat negeri Selangor jelas Amirudin, kerajaan negeri sentiasa peka dengan isu semasa berkaitan bahan itu dan menambah baik sistem bekalan air untuk manfaat sejagat.

“Saya juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan usaha ini, demi kepentingan kira-kira lapan juta penduduk di Selangor Darul Ehsan serta Wilayah Persektuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya. - Getaran, 30 Mei 2023



 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 17 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang