web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Serius, Tekad Selesaikan Masalah Prasarana Dengan Segera - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 12:38PM

Anwar ketika menghadiri Majlis Penutupan Sambutan Pesta Kaamatan 2023 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG - Kerajaan Perpaduan berpendirian serius dan memasang tekad bagi menyelesaikan masalah prasarana antaranya melibatkan pendidikan, bekalan air dan jalan raya terutama di Sabah dengan kadar yang segera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata dalam usaha menyelesaikan masalah itu, kerajaan Persekutuan dan negeri perlu bekerjasama dengan padu bagi memastikan gerak kerja serta pelan yang dirancang mampu dilaksanakan dengan sempurna.

Katanya secara peribadi beliau komited dalam membantu Sabah menyelesaikan masalah itu apabila sering datang ke negeri berkenaan iaitu tiga kali sejak memegang jawatan Perdana Menteri dan melihat sendiri situasi melibatkan prasarana di Negeri di Bawah Bayu itu.

"Maka saya buat keputusan esok pagi insya-Allah saya buat mesyuarat tertinggi peringkat Persekutuan dan negeri untuk selesaikan masalah air bersama kerajaan negeri," katanya berucap pada Majlis Penutupan Sambutan Pesta Kaamatan 2023 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Jeffrey Kitingan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan 2023 dan Presiden KDCA  Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Anwar berkata tindakan juga sedang dibuat untuk memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo dan kerja-kerja membaik pulih serta penyelenggaraan jalan di Sabah dilaksanakan dengan kadar segera demi manfaat rakyat di negeri itu.

Katanya bagi melicinkan perlaksanaan tersebut, sebahagian kerja-kerja yang terlibat dengan membaik pulih dan penyelenggaraan jalan tersebut akan diserahkan kepada kerajaan negeri mengikut peraturan dan dasar kewangan negara.

“Baru-baru ini juga peruntukan untuk membaiki jalan ini ditingkatkan, peruntukan tertinggi perbaiki jalan yang diberi adalah untuk negeri Sabah. Kita telah minta tindakan segera,” katanya.

Pada 16 Mei lalu, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya juga Menteri Kerja Raya negeri dilaporkan berkata 15 pakej kerja dalam Fasa 1, Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, yang pada tahap 79.06 peratus pembinaan, dijadual siap sepenuhnya pada hujung tahun depan.

Dalam ucapannya juga, Anwar memuji usaha dan peranan dimainkan Hajiji dalam menyelesaikan masalah prasarana dihadapi negeri itu, selain menyifatkan ia sebagai teladan yang baik sebagai seorang pemimpin yang komited menyelesaikan masalah dihadapi negeri serta rakyatnya.

Perdana Menteri berkata ketika tiba di Sabah kira-kira 1 pagi tadi, Hajiji begitu bersemangat menerangkan tentang situasi prasarana itu dan bertanya tentang projek yang diperoleh rakyat Sabah, malah secara berseloroh Anwar meminta ruang untuknya tidur dahulu sebelum menyambung perbincangan.

“Saudara Hajiji begitu prihatin. Inilah yang kita mahukan untuk pemimpin-pemimpin kita, bukan pemimpin minta umpamanya ada tak projek untuk saya, ada tak saham untuk saya. Tetapi saudara Hajiji (bertanya) ada tak projek tambahan untuk rakyat Sabah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 13 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global