web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Sentiasa Dukung Usaha Bentuk Kerukunan Rakyat - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 May 2023 2:28PM

Anwar Ibrahim di Sabah untuk majlis sambutan Pesta Kaamatan - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mendukung setiap usaha yang berlandaskan kepada membentuk kerukunan sesama rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk memberi kefahaman dengan tujuan menjelmakan rasa cinta dan kasih sayang sesama rakyat.

Menurut beliau, sebuah negara yang hebat akan mengamalkan prinsip terbuka, hormat toleransi, apresiasi dan menjiwai konsep manusiawi.

“Ia termasuk saling mencintai kepelbagaian masing-masing,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menyatakan demikian sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai buat rakyat Sabah serta Sarawak.

Mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, Anwar berkata kedua-dua perayaan itu adalah manifestasi kepada rasa syukur dan gembira atas limpahan rezeki serta hasil tuai yang bertambah.

“Selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh sahabat kita di Sabah dan Sarawak yang menyambutnya dengan penuh meriah setiap tahun. 

“Kedua-dua perayaan itu disambut bagi menzahirkan rasa syukur dan gembira atas rezeki yang melimpah ruah serta hasil tuai yang bertambah,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan ke atas sekumpulan individu yang berarak sambil mengenakan pakaian tradisi penduduk Borneo.

“Perarakan di ibu kota itu dibuat dalam usaha mengetengahkan serta menggariskan budaya masyarakat Borneo yang tentunya membentuk aspek kepelbagaian budaya di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai sambutan Pesta Kaamatan di Sabah yang dihadirinya bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan berhasrat menjadikan negeri tersebut unggul dan hebat dalam pelbagai bidang.

Usaha itu bagaimanapun katanya, tetap tidak meminggirkan budaya dan tradisi turun-temurun negeri berkenaan.

“Saya percaya, sebuah negara yang hebat akan mengamalkan prinsip terbuka, hormat toleransi, apresiasi dan menjiwai konsep manusiawi hatta saling mencintai kepelbagaian masing-masing,” katanya. - Getaran, 31 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 5 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi