web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemenangan Erdogan Buka Ruang Untuk Hubungan Bilateral Lebih Akrab Dengan Malaysia - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 8:53PM

Anwar Ibrahim bersama Recep Tayyip Erdogan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemenangan Recep Tayyip Erdogan sebagai Presiden Turkiye untuk lima tahun akan datang membuka peluang untuk Malaysia menjalin hubungan lebih erat bersama negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan berkenaan dizahirkan menerusi perbualan telefon bersama Erdogan, semalam.

Berkongsi perkembangan itu di Facebook hari ini, Anwar memberitahu, ia adalah antara yang menjadi intipati perbincangan mereka dalam perbualan tersebut.

“Kami berdua bersetuju untuk mengeratkan hubungan dua hala Malaysia-Turkiye.

“Kami juga bersedia untuk mengangkat kerjasama dalam pelbagai bidang ke tahap yang lebih baik dan lancar,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Perdana Menteri juga memberitahu, beliau berkesempatan menjemput Erdogan untuk berkunjung ke Malaysia dalam masa terdekat.

Anwar juga mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Erdogan, malah turut melahirkan rasa kagum atas ketabahan dimiliki pemimpin Turkiye itu.

“Saya menzahirkan setinggi-tinggi tahniah di atas kemenangan beliau dalam pilihan raya Presiden Republik Turkiye baru-baru ini dan mengagumi ketabahan dan kesabaran beliau dalam menghadapi pelbagai cabaran untuk memenangi pilihan raya tersebut,” katanya.

Turut dimuat naik menerusi hantaran itu ialah video perbualan beliau bersama Erdogan.

Dalam paparan berdurasi empat minit itu, Erdogan dengan dibantu penterjemah menyatakan hasrat untuk mengukuhkan hubungan bilateral yang sedia terjalin bersama Malaysia secara lebih akrab.

Hubungan akrab Perdana Menteri bersama Erdogan bukan satu rahsia, malah tokoh terkemuka Turkiye itu adalah antara pemimpin dunia terawal yang menghubungi Anwar bagi mengucapkan tahniah, sejurus selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Malaysia juga antara negara yang tidak ketinggalan menghantar delegasi bagi menggerakkan misi kemanusiaan di Turkiye, ketika negara tersebut dilanda bencana gempa bumi Februari tahun ini.

Pengerusi Majlis Pilihan Raya Turkiye, Ahmet Yener pada Ahad lalu mengumumkan bahawa Erdogan telah dipilih semula sebagai Presiden dalam pilihan raya penentu yang diadakan.

Beliau berjaya mengatasi pencabar, Kemal Kilicdaroglu dengan keputusan tidak rasmi 52.14 peratus, manakala Kilicdaroglu mencatat 47.86 peratus undi.

Erdogan menerusi pengundian pusingan pertama pada 14 Mei lalu berhasil memperoleh kelebihan hampir lima mata ke atas Kilicdaroglu tetapi gagal mencapai 50 peratus undi yang diperlukan untuk menang. - Getaran, 31 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'